• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lepas Paus Dan ‘Pak Belang’, Kini Beruang Pula Muncul

oleh
23/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Selepas kehadiran ikan paus dan harimau, kini muncul pula tiga ekor beruang di sekitar Terengganu.

Beruang yang dipercayai daripada spesies beruang matahari itu dilihat berkeliaran di sekitar Felda Belara, di sini sejak dua minggu lepas dan mula menceroboh kawasan kebun dan penempatan hingga memaksa penduduk mendapatkan bantuan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu.

Susulan itu, Perhilitan mula memasang perangkap di beberapa lokasi dan hasilnya, seekor daripadanya telah berjaya ditangkap kira-kira 9.30 malam tadi.

Seorang penduduk kampung yang menemui beruang terbabit, Mustaffa Tahir, 76, berkata, beliau mula menyedari ia masuk ke dalam perangkap selepas mendengar bunyi bising dari belakang rumahnya.

Bagaimanapun, beliau dan beberapa ahli keluarga lain tidak berani menjenguk keluar kerana bimbang kejadian tidak diingini berlaku berikutan kawasan belakang rumah sangat gelap dan bercuram.

“Bunyi goncangan perangkap dan dengusan yang kuat membuatkan kami tidak berani turun ke bawah (belakang rumah) kerana bimbang beruang akan bertindak lebih agresif.

“Jadi awal-awal pagi tadi saya serta anak lelaki, Muhammad Yusri, 30-an, turun ke bawah untuk memeriksa perangkap dan lihat seekor beruang besar hitam sedang tidur di dalamnya,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya.

Beliau berkata kehadiran beruang tersebut menyebabkannya kerugian lebih RM12,000 selepas 19 sarang kelulut dan enam batang pokok kelapa matang yang sudah hampir berbuah dimusnahkan oleh haiwan terbabit.

Mustaffa berkata, perangkap tersebut baru sahaja dialihkan Perhilitan ke belakang rumahnya petang semalam kerana sebelum ini diletakkan di belakang rumah jirannya namun tidak berjaya memerangkap haiwan terbabit.

“Mungkin kerana umpan yang digunakan ialah sarang kelulut jadi cepatlah mengena,” katanya yang telah memaklumkan kejadian itu kepada pegawai Perhilitan awal pagi tadi.

Seorang lagi penduduk, Noriah Abdullah berkata, beliau belum mampu menarik nafas lega kerana terdapat dua ekor lagi beruang yang masih berkeliaran di kawasan Felda berkenaan.

Beliau bersama beberapa ahli keluarga pernah melihat kehadiran tiga haiwan berkenaan yang sedang memanjat dan memakan buah nangka di belakang rumahnya kira-kira dua minggu lalu.

“Jarak antara rumah dan pokok nangka dekat sahaja iaitu kira-kira 10 meter dan memang jelas nampak tiga ekor beruang memanjat dan makan nangka di atas pokok.

“Saya fikir mungkin beruang itu sekeluarga kerana seekor bersaiz besar dan dua ekor lagi saiznya agak kecil sedikit daripada yang seekor lagi,” katanya.

Sehingga kini, Bernama masih berusaha untuk mendapatkan maklumat terperinci berkaitan penangkapan dan punca kehadiran beruang terbabit daripada pihak Perhilitan.

Sebelum ini, sepasang Paus Orca atau Killer Whale muncul buat pertama kali di perairan Terengganu dengan kehadirannya dikesan berhampiran Pelantar Dulang Petronas di perairan Kerteh pada 16 Julai manakala pada 18 Julai, muncul ‘pak belang’ di Dungun.

Tags: beruang mataharifelda belaraPerhilitanTerengganu
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Wanita Mengamuk Di IPD Pasir Mas Serang Polis

Next Post

Kertas Siasatan Kesalahan TNB Kini Di Jabaran Peguam Negara

Related Posts

KPDN Terengganu Catat Rampasan Bernilai Lebih RM700,000 Sejak Januari

KPDN Terengganu Catat Rampasan Bernilai Lebih RM700,000 Sejak Januari

25/05/2025
0

Kuala Terengganu: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu merekodkan sebanyak 338 kes membabitkan pelbagai kesalahan dengan...

Hujan Berterusan Tahap Waspada Diramal Landa Sabah, Kelantan Dan Terengganu

Hujan Berterusan Tahap Waspada Diramal Landa Sabah, Kelantan Dan Terengganu

22/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat waspada yang dijangka melanda beberapa kawasan di Sabah, Kelantan...

Next Post

Kertas Siasatan Kesalahan TNB Kini Di Jabaran Peguam Negara

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd