• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, February 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kutipan SST Diunjur RM22 Bilion Tahun Ini

oleh
24/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan mengunjurkan kutipan cukai jualan dan perkhidmatan (SST), yang diperkenalkan semula pada 1 September 2018, berjumlah RM22 bilion bagi keseluruhan tahun 2019, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ir. Amiruddin Hamzah.

Selain menjadi sumber pendapatan negara, beliau berkata, pengenalan semula sistem percukaian SST bagi menggantikan cukai barang dan perkhidmatan (GST) itu telah banyak membantu meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat.

“Ia melalui penjimatan daripada cukai tidak langsung semasa SST berbanding yang perlu dibayar oleh mereka sewaktu pengenaan cukai GST.

“Pengenalan semula SST secara amnya tidak menyebabkan berlaku kenaikan pada harga barang dan perkhidmatan. Sebagai contoh Indeks Harga Pengguna (IHP) tidak menunjukkan peningkatan ketara,” katanya pada sesi Pertanyaan-pertanyaan Jawab Lisan di persidangan Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Donald Peter Mojuntin yang ingin tahu anggaran pendapatan kerajaan di bawah sistem percukaian SST dan sama ada sistem percukaian itu berkesan dalam mengurangkan kos sara hidup.

Amiruddin berkata, skop pengenaan cukai jualan dan perkhidmatan di bawah sistem SST adalah lebih kecil berbanding di bawah sistem GST di mana pelbagai jenis barang dan keperluan asas pengguna seperti barang makanan asas tidak dikenakan cukai jualan.

Mengenai cukai perkhidmatan, beliau berkata, cukai hanya dikenakan ke atas beberapa jenis perkhidmatan tertentu sahaja.

Menjawab soalan tambahan Mojuntin mengenai bagaimana kerajaan menangani ‘shortfall’ lebih RM20 bilion berbanding pendapatan cukai semasa GST dilaksanakan berjumlah RM44 bilion, Amiruddin mengakui bahawa ‘short fall’ memang berlaku, namun memberi komitmen bahawa kerajaan akan berusaha mengecilkan nilai ‘shortfall’ tersebut.

“Dalam usaha memastikan kerja-kerja pembangunan dan belanja mengurus negara dapat diteruskan, kerajaan optimis apabila ekonomi diuruskan secara lebih baik sehingga dapat meyakinkan pelabur masuk serta mewujudkan peluang perniagaan maka jumlah kutipan cukai-cukai berkenaan akan bertambah,” katanya.

Tags: Cukai Jualan dan PerkhidmatanEkonomiGSTSST
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Struktur SST Dikekalkan, Beri Impak Fiskal Lebih Pantas Kepada Kerajaan

Struktur SST Dikekalkan, Beri Impak Fiskal Lebih Pantas Kepada Kerajaan

09/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengekalkan struktur Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sedia ada, sambil melaksanakan penambahbaikan bagi memastikan sistem percukaian...

Kerajaan Sedia Teliti Semula Peluasan SST – Supol Menteri Kewangan

Kerajaan Sedia Teliti Semula Peluasan SST – Supol Menteri Kewangan

17/06/2025
0

IPOH – Kerajaan bersedia meneliti semula pelaksanaan peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sekiranya terdapat kelompongan atau aduan berhubung pelaksanaannya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd