• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Khazanah Lantik Morgan Stanley Terokai Strategi Malaysia Airlines

oleh
23/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Khazanah Nasional Bhd. melantik Morgan Stanley untuk meneroka pilihan strategik bagi syarikat penerbangan Malaysia Airlines Bhd. (Malaysia Airlines).

Bank pelaburan itu akan bertanggungjawab untuk melihat pilihan bagi syarikat penerbangan tersebut, termasuk penjualan saham yang berpotensi, menurut sumber.

Katanya, perbincangan itu adalah sulit.

Khazanah, pemegang saham tunggal syarikat penerbangan tersebut, mahu kajian itu siap dilaksanakan menjelang akhir tahun ini.

Sayap pelaburan milik kerajaan itu mahu menilai semua pilihan strategi untuk memulihkan prestasi Malaysia Airlines, kata Khazanah yang menjawab persoalan kepada Bloomberg News.

Manakala jurucakap Malaysia Airlines pula enggan mengulas dan meminta perkara itu dirujuk kepada Khazanah.

Malah, Morgan Stanley juga enggan mengulas.

Malaysia Airlines telah melakukan pelan pemulihan sejak Khazanah menjadikan ia sebuah entiti persendirian pada tahun 2014 susulan dua nahas tragis – pesawat MH370 hilang di Lautan Hindi dan MH17 ditembak jatuh di Ukraine.

Walaupun pendapatannya telah meningkat sejak tahun lepas, lebihan kapasiti di Asia dan turun naik faktor luaran termasuk perang perdagangan antara Amerika Syarikat dan China dijangka terus menghambat pertumbuhan syarikat penerbangan tersebut, kata Malaysia Airlines pada Jun lalu.

Khazanah telah meminta Malaysia Airlines kemukakan pelan strategi pada bulan Februari bagi membolehkan ia bersaing dengan industri penerbangan dan mendapat pulangan lebih baik selepas gagal memperoleh keuntungan pada tempoh yang ditetapkan.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pula berkata, kerajaan sedang mengkaji empat cadangan yang diterima daripada syarikat penerbangan tempatan.

Malaysia Airlines juga berdepan kemungkinan ditutup kerana kerajaan perlu berjimat.

Namun pada masa sama, Dr. Mahathir memberi jaminan bahawa nama Malaysia akan dikekalkan jika ia dimiliki oleh syarikat lain.

Selain itu, beliau turut mengakui bahawa usaha memulihkan syarikat itu tanpa menghentikan kakitangan adalah kekangan utama bagi kerajaan kerana ia sukar untuk dilaksanakan.

Tags: khazanah nasionalMalaysia AirlinesMorgan Stanley
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Hutang Isi Rumah Di Malaysia Lebih Tinggi Dari Negara Maju

Next Post

Kanak-Kanak Lelaki 2 Tahun Minum Arak

Related Posts

Malaysia Airlines Kini Penerbangan Rasmi Manchester United

Malaysia Airlines Kini Penerbangan Rasmi Manchester United

22/03/2024
0

KUALA LUMPUR : Malaysia Airlines menjalin perkongsian strategik global dengan kelab bola sepak Inggeris, Manchester United (MU) apabila dinamakan sebagai...

9 Tahun Berlalu, Keluarga Masih Menunggu Jawapan Punca Kehilangan MH370

9 Tahun Berlalu, Keluarga Masih Menunggu Jawapan Punca Kehilangan MH370

07/03/2023
0

KUALA LUMPUR: Sembilan tahun berlalu tanpa sebarang berita yang jelas mengenai kehilangan penerbangan MH370, menyebabkan ahli keluarga mangsa masih menaruh...

Next Post

Kanak-Kanak Lelaki 2 Tahun Minum Arak

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd