• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kekuatan Melayu Pada Kerjasama UMNO-PAS

oleh
06/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata pelawaan Tun Dr Mahathir Mohamad supaya parti Melayu menyertai BERSATU bagi menguatkan kuasa Melayu dilihat hanya helah semata-mata.

Sedangkan tegas beliau Dr. Mahathir lah sebenarnya yang bertanggungjawab memecah belahkan kekuatan Melayu dengan penubuhan BERSATU.

“Dan ramai tahu, Dr. Mahathir menubuhkan BERSATU atas dasar membalas dendam bagi memecahkan UMNO, selain sanggup menggadai kuasa politik kepada DAP yang menyebabkan kuasa Melayu terhakis.

“Dalilnya, beliau menggadai pelbagai jawatan penting negara kepada DAP khasnya portfolio strategik dalam Kerajaan PH seperti Menteri Kewangan, Peguam Negara dan Menteri Penerangan, malahan BERSATU dilihat menikus apabila DAP membuat sesuatu yang merugikan Islam Melayu,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Justeru tegas beliau lagi seruan Melayu menyertai BERSATU adalah suatu yang amat sukar.

Apatah lagi jelasnya UMNO adalah parti terbesar Melayu Bumiputra dalam negara ini.

“UMNO begitu berbeza dengan BERSATU. UMNO ditubuhkan bagi menyatukan orang Melayu, menjaga kesucian agama Islam, raja-raja Melayu dan hak Melayu Bumiputera dengan pada masa yang sama menjaga kebajikan kaum lain, sedangkan BERSATU “membisu seribu bahasa dan tidak bertindak” apabila maruah Islam Melayu tidak dijaga oleh sebahagian pimpinan dan parti dalam Kerajaan PH sendiri.

“Malah BERSATU bukanlah satu organisasi yang boleh orang Melayu bergantung harap bagi memperjuangkan aspirasi dan wadah Bumiputera,” ujarnya.

Tambah Dr. Shamsul lagi ramai orang Melayu juga melihat BERSATU hanyalah sekadar parti peribadi atau anak beranak Dr. Mahathir dan bukan parti yang memperjuangkan agenda massa.

Tindakan Dr. Mahathir membuat pelawaan itu juga katanya dilihat kerana Dr. Mahathir sedar BERSATU tiada kekuatan di akar umbi.

“BERSATU sendiri gagal membentuk cawangan atau ranting.

“Parti ini gagal mengadakan mesyuarat bahagian dan cawangan, sehingga memaksa perlembagaan parti itu dipinda serta menunda persidangannya beberapa kali,” katanya.

Hakikatnya jelas Dr. Shamsul rakyat semakin menerima kerjasama PAS dan UMNO.

“Dan rakyat juga begitu menyambut baik gerak kerja ke arah pemuafakatan besar kedua-dua parti ini di peringkat nasional.

“Jadi, adalah lebih baik BERSATU dibubarkan dan ahlinya meninggalkan perjuangan yang tiada matlamat yang jelas serta merugikan kedudukan orang Melayu dan Bumiputra dalam negara ini,” ujarnya.

UMNO tegas beliau kini kekal dengan perjuangannya, dan ketika ini bekerjasama dengan PAS demi kepentingan Islam Melayu dalam negara ini.

Kemudian jelasnya bersama parti komponen BN, UMNO dan PAS akan membawa perubahan lebih baik pada rakyat Malaysia.

“Percayalah, kerjasama UMNO-PAS bakal membangkitkan gelombang besar orang Islam Melayu dalam negara ini.

“Hanya kerjasama UMNO-PAS mampu menjaga kepentingan Melayu dan Bumiputra dalam negara ini,” ujarnya. – MediaUMNO

Tags: MelayuPASShamsul Anuar NasarahUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berpandangan cadangan memotong elaun petrol Ahli Parlimen tidak memberikan...

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Kenyataan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menyifatkan pembangkang hari ini sebagai 'paling tidak berguna'...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd