• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kampung Kuala Koh Diisytihar Bebas Zon Merah

oleh
08/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GUA MUSANG – Perkampungan orang asli suku Bateq, Kampung Kuala Koh, Pos Lebir, di sini, isytiharkan bebas zon merah, jam 8 pagi tadi.

Ketua Polis Gua Musang, Superintendan Mohd Taufik Maidin berkata, kawasan berkenaan disahkan selamat dari sebarang wabak penyakit berjangkit.

Katanya, keputusan untuk menarik balik larangan zon merah itu dibuat selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Jajahan Gua Musang di Pejabat Tanah dan Jajahan (PTJ) Gua Musang, semalam.

“Keputusan ini dibuat apabila Kementerian Kesihatan melalui Pejabat Kesihatan Daerah Gua Musang berpuas hati dengan tahap kesihatan masyarakat orang asli di kawasan berkenaan.

“Kita juga telah memaklumkan kepada semua agensi yang terlibat dan Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di Felda Aring 10, iaitu di laluan utama ke Kuala Koh juga akan menghentikan operasi.

“Perkara ini turut dimaklumkan kepada penduduk Kuala Koh dan orang ramai boleh memasuki kawasan berkenaan tanpa bimbang,” katanya.

Terdahulu, bermula 12 Jun, polis mengisytiharkan Kampung Kuala Koh sebagai zon merah bagi mengelak penularan penyakit demam campak yang menyerang suku kaum Bateq.

Dalam insiden berkenaan, seramai 15 orang asli meninggal dunia mulai 2 Mei lalu manakala 173 kes dilaporkan iaitu 147 di Kelantan, 18 di Terenggnu dan lapan di Pahang.

Tags: demam campakKuala kohOrang asli batek
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bunuh Abang: Adik, Teman Lelaki Direman 6 Hari

Next Post

Jumlah Mangsa Banjir Kilat Di Melaka Terus Meningkat

Related Posts

Wabak Demam Campak Melonjak 80 Peratus

30/04/2022
0

GENEVA – Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) memberi amaran bahawa penyakit demam campak meningkat 80 peratus di seluruh dunia...

Keracunan Logam Berat Bukan Punca Kematian Orang Asli

26/09/2019
0

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan punca kematian 12 orang asli di Kampung Kuala Koh, Kelantan bukan kerana keracunan...

Next Post

Jumlah Mangsa Banjir Kilat Di Melaka Terus Meningkat

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd