• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kahwin Campur Lahir Generasi Hibrid Di Sarawak

oleh
15/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIBU – Perkahwinan campur antara masyarakat pelbagai kaum berikutan hubungan akrab masyarakat sejak sekian lama telah melahirkan dan mewujudkan generasi hibrid di Sarawak.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, perkahwinan campur antara masyarakat pelbagai kaum di negeri ini sudah menjadi perkara biasa dan masyarakat negeri ini didapati lebih unik.

Menurutnya, ini secara langsung mengeratkan lagi hubungan serta perpaduan dalam kalangan mereka.

“Satu perkara baik dalam budaya kita ialah banyak perkahwinan campur, Cina berkahwin dengan Melayu, Melayu kahwin Cina, Cina kahwin Dayak, Iban kahwin Bidayuh dan banyak lagi.

“Hasil perkahwinan campur ini maka wujudlah generasi yang saya panggil orang hibrid Sarawak,” katanya semasa jamuan malam Harmonious Night Gala anjuran Persekutuan Persatuan-Persatuan 7 Klan di sini malam tadi.

Ketua Menteri berkata, masyarakat luar kagum melihat keunikan dan perpaduan kaum di Sarawak di mana setiap kaum yang berbeza dari segi budaya dan kepercayaan agama boleh bekerja bersama macam satu keluarga.

“Seorang wanita yang berkedudukan tinggi dari semenanjung datang berjumpa saya tiga hari lepas dan memaklumkan beliau sangat kagum dengan perpaduan kaum di negeri ini sambil mengesyorkan Sarawak dijadikan model yang patut dicontohi orang semenanjung,” jelasnya.

Beliau berkata, Abang Johari berkata, Dr. Michio Kaku (ahli futuris dan fizik teori) manyatakan bahawa Sarawak memiliki semua ramuan untuk membangun seperti negara lain di dunia menjelang tahun 2030.

Kenyataan Kaku itu menurut beliau adalah pengiktarafan akan kemampuan yang dimiliki Sarawak.

Kerajaan Negeri mengurus Sarawak dengan seimbang dalam semua aspek di samping melihat keperluan setiap rakyat.

Tags: Abang Johari Tun OpengKahwin Campursarawak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PETRONAS Rujuk Mahkamah Persekutuan Selesai Isu Petroleum Di Sarawak

PETRONAS Rujuk Mahkamah Persekutuan Selesai Isu Petroleum Di Sarawak

12/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) memfailkan suatu notis usul di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya bagi mendapatkan penjelasan berhubung kerangka kawal...

Syarikat Penerbangan Baharu Sarawak Perkenal Uniform Kru Kabin Moden & Elegan

Syarikat Penerbangan Baharu Sarawak Perkenal Uniform Kru Kabin Moden & Elegan

03/01/2026
0

KUCHING – Syarikat penerbangan tempatan pertama Sarawak, Air Borneo, mencuri perhatian apabila memperkenalkan rekaan uniform kru kabin baharu yang tampil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd