• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jumlah Pengundi Cecah 22.5 Juta Jika PRU-15 Diadakan 2023

oleh
24/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan pendaftaran automatik sebagai pengundi untuk rakyat berumur 18 tahun ke atas akan menyebabkan perbelanjaan pilihan raya meningkat berganda kepada RM1 bilion hingga RM1.2 bilion

Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun berkata, perbelanjaan untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 2018 ialah RM500 juta dan jumlah itu pasti bertambah walaupun pendaftaran automatik tidak dilaksanakan.

“Ini kerana sejak saya dilantik sebagai pengerusi, jumlah tenaga, saluran mengundi, bilik mengundi, malahan kemudahan untuk orang kelainan upaya telah ditambah.

“Jika mengambil kira pertambahan jumlah pengundi, maka perbelanjaan pasti akan meningkat,” katanya dalam wawancara bersama China Press.

Beliau berkata, apabila pendaftaran automatik dijalankan, sebanyak empat juta rakyat yang berumur 21 tahun ke atas akan menjadi pengundi secara automatik.

Katanya, penurunan umur pengundi kepada 18 tahun pula akan menjadikan pengundi muda berjumlah 1.5 juta hingga 1.6 juta orang didaftarkan, selain tambahan 500,000 orang setiap tahun.

“Jika pilihan raya diadakan pada 2030, kami menjangkakan jumlah pengundi akan mencecah 22.5 juta orang,” katanya.

Dalam usaha melaksanakan pendaftaran automatik, Azhar berkata, SPR sudah mempunyai perkongsian digital dengan Jabatan Pendaftaran Negara dan sasaran seterusnya adalah menjalin kerjasama serupa dengan Kementerian Kesihatan dan Jabatan Penjara.

Beliau berharap pendaftaran automatik boleh dilaksanakan dalam tempoh 18 bulan, walaupun perkara terperinci mengenai masa pelaksanaannya masih perlu diteliti oleh Setiausaha SPR.

Sementara itu, Azhar berkata, SPR belum membuat apa-apa keputusan mengenai cadangan undian secara elektronik walaupun kaedah itu dikatakan dapat menangani pelbagai isu membabitkan pertambahan jumlah pengundi secara mendadak.

Katanya, antara isu yang dikaji termasuk keselamatan, keberkesanan dan kos undian elektronik.

Jelasnya, penelitian ke atas undian elektronik telah diadakan sejak tahun lepas dan usaha kajian itu tidak mempunyai kaitan dengan pendaftaran automatik dan penurunan umur pengundi.

Tags: Azhar Azizan HarunpengundiPRU-15SPR
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

“Saya Berat Hati Sebab Tuanku Juga Ada Masalah Kaki…”

Next Post

Perbicaraan Inkues Kes Muhammad Adib Ditutup

Related Posts

PRK Ayer Kuning: SPR Keluarkan 116 Kertas Undi Pos

PRK Ayer Kuning: SPR Keluarkan 116 Kertas Undi Pos

14/04/2025
0

TAPAH: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengeluarkan 116 kertas undi pos kepada pengundi kategori itu yang berdaftar untuk Pilihan Raya Kecil...

PRK Mahkota: Zahid Akui Undi 50 Peratus Pengundi Luar Cabaran Buat BN

PRK Mahkota: Zahid Akui Undi 50 Peratus Pengundi Luar Cabaran Buat BN

14/09/2024
0

KLUANG - Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengakui undi melibatkan kira-kira 50 peratus pengundi yang...

Next Post

Perbicaraan Inkues Kes Muhammad Adib Ditutup

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd