• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Heliza Helmi, Suami Yatt Hamzah Ditahan Tentera Mesir

oleh
18/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Heliza Helmi memaklumkan dia bersama rombongan delegasi Malaysia untuk misi #wakeupforgaza ditahan tentera Mesir.

Menurut Heliza, 33, mereka terkandas berjam-jam semalam di Rafah sebelum diarahkan berpatah balik semula ke Gaza.

Rombongan tersebut bermalam di Gaza sebelum mencuba lagi untuk keluar pagi ini.

Menceritakan pengalaman berada di Rafah, Heliza berkata, mereka berdepan dengan cabaran yang begitu perit. Suasana di bumi arab itu sangat panas hingga mencecah 50 darjah Celcius.

Dalam keadaan darurat itu, dia bersama delegasi lain terpaksa tidur beramai-ramai di Rafah dalam keadaan sesak dan tiada bekalan makanan serta minuman.

Selain diberi layanan yang kasar oleh pihak berkuasa di sana, selama berjam-jam itu mereka juga terputus hubungan dengan keluarga di tanah air kerana tiada jalinan internet.

“Kami tak tahu bila kami akan pulang, kepada semua saya mohon maaf salah silap saya kepada semua,” tulisnya dalam Instagram pada pagi ini.

Heliza bersama delegasi lain menuju ke Gaza pada 10 Julai lalu.

Sementara itu, pelakon Yatt Hamzah juga menerusi akaun Instagram memaklumkan dia bersyukur kerana mendapat tahu suaminya Zulfadhli Khiruddin yang turut bersama rombongan tersebut ada menghubungi kira-kira jam 2 pagi tadi.

Dia juga berharap seluruh rakyat Malaysia dapat mendoakan keselamatan suaminya, Heliza Helmi serta ahli deligasi lain agar proses untuk mereka keluar dari Gaza melepasi pintu sempadan Rafah lancar dan terus pulang ke pangkuan keluarga di sini.

“Mereka terpaksa bermalam satu hari lagi di Gaza sebelum berangkat balik ke Malaysia. Teruskan doa,” tulisnya dalam Instagram, pada pagi ini. – UTUSAN ONLINE

Tags: deligasiHeliza Helmikemanusiaantentera mesiryatt hamzah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Suami Heliza Helmi Rayu Jaminan, Bimbang Janggut Dipotong Jika Ditahan

Suami Heliza Helmi Rayu Jaminan, Bimbang Janggut Dipotong Jika Ditahan

23/02/2026
0

KUALA LUMPUR – Suami kepada selebriti dakwah, Heliza Helmi, Datuk Mahadi Badrul Zaman, merayu supaya dibebaskan dengan jaminan selepas didakwa...

Malapetaka Kemanusiaan Terbesar Di Syria

22/02/2020
0

DAMSYIK - Kira-kira 900,000 penduduk kebanyakannya wanita dan kanak-kanak terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing di barat laut Syria sejak Disember lalu....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd