• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Had Umur Mengundi: Ambil Kira 2 Aspek

oleh
13/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERANG – Menurunkan had umur mengundi dan calon pilihan raya kepada 18 tahun merupakan trend universal, dan negara harus menerima perubahan itu agar selari dengan peredaran zaman.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, namun perubahan itu harus mengambil kira dua aspek penting, iaitu tahap kematangan dan kebimbangan sekolah dijadikan medan politik apabila ia dikuatkuasakan.

Menurutnya, walaupun ia perubahan positif namun wujud kebimbangan kerana ia penentu masa depan negara.

“Kita terima sebagai satu perubahan yang selari dengan trend universal, walau ada kebimbangan sama ada usia itu melambangkan tahap kematangan untuk membuat penentuan masa depan negara, selain bimbang sekolah dijadikan medan politik, dua perkara ini harus kita fikirkan,” katanya, pada sidang media, selepas program Santai Petang bersama Bossku di Kuala Nerang, hari ini.

Najib berkata, sekiranya had umur 18 tahun layak mengundi, usia itu juga layak diletakkan sebagai calon pilihan raya.

Ditanya sama ada perubahan itu bakal menguntungkan PH atau BN, Najib berkata, hanya pilihan raya yang akan menentukan kesan daripada perubahan itu.

“Siapa tahu? Ketika pilihan raya sahaja kita akan tahu,” katanya.

Mengulas mengenai kenyataan pemimpin PH berhubung tempoh peralihan kuasa antara Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Najib sekadar berkata, ia bukan urusan UMNO.

“Itu urusan dalaman parti PH, saya tak berhak komen. Mereka pun tiada hak komen urusan dalaman parti kita,” katanya. – Sinar Harian

Tags: 18 tahunhad umur mengundiNajib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd