• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gerakan ‘Bossku’ Di Tengah Bandaraya Ipoh

oleh
14/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Kehangatan gerakan ‘bossku’ mula ditunjukkan dengan kehadiran ribuan rakyat yang bersesak untuk bersama dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Gerbang Malam, malam ini.

Najib berkata, gerakan itu menjadikan rakyat lebih bersemangat untuk bersamanya sekaligus berjaya menyelami aspirasi dan permasalahan dalam kalangan masyarakat.

“Tapi malam ini rakyat paling agresif sekali. Pembantu-pembantu saya menjadi penyelamat hinggakan Datuk Saarani (Pengerusi UMNO Perak) pun tidak boleh dekat dengan saya.

“Tetapi ini menunjukkan saudara-saudara cukup bersemangat untuk bersama-sama dengan gerakan ‘bossku’ ini,” katanya ketika berucap pada program Moh Bersama Bossku di sebuah restoran di Jalan Sultan Idris Shah, di sini.

Menurutnya, ‘bossku’ melambangkan cita-cita, idealisme dan aspirasi rakyat khususnya anak muda yang inginkan perubahan yang lebih baik.

“Saya mahu terangkan bahawa ‘bossku’ ini adalah rakyat, bukan saya. Saya buat cara ini untuk tahu apa permasalahan, denyut nadi serta aspirasi rakyat dan saya dapat buat kesimpulan bahawa tuan-tuan sekalian barangkali rindu zaman saya.

“Malam ini juga bukanlah malam untuk bercakap tentang politik tetapi untuk kita sambut gerakan ‘bossku’. Kita boleh melakukan perubahan ke arah yang lebih baik lagi,” katanya.

Terdahulu, Najib yang tiba di Gerbang Malam pada jam 9.15 malam untuk meluangkan masa meninjau peniaga-peniaga bersama ribuan pengunjung.

Pada program itu, rakyat berpeluang untuk berswafoto sambil melaungkan ‘bossku’ dan ‘bukan beshe-beshe’ serta menandatangani pelbagai cenderahati antaranya topi, mainan, wang tunai dan telefon bimbit.

Tags: IpohNajib Tun RazakPerak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pengusaha Diberi Tempoh Hingga Oktober Untuk Henti Jualan Vape Di Perak

Pengusaha Diberi Tempoh Hingga Oktober Untuk Henti Jualan Vape Di Perak

05/01/2026
0

IPOH: Kerajaan Perak memberi tempoh sehingga Oktober ini kepada pengusaha rokok elektronik atau vape menghentikan penjualannya susulan keputusan melaksanakan larangan...

Jumlah Mangsa Banjir Di Sabah Meningkat, Perak, Selangor Menurun Petang Ini

Jumlah Mangsa Banjir Di Sabah Meningkat, Perak, Selangor Menurun Petang Ini

16/09/2025
0

Kuala Lumpur: Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) dan pusat pemindahan kekal (PPK) di Sabah meningkat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd