• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gangguan Air: SPAN Salahkan Pengurusan Syabas Dahulu

oleh
27/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kegagalan pengurusan terdahulu Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) melakukan kerja penyelenggaraan berterusan sejak sekian lama merupakan antara faktor menjadi penyumbang berlakunya gangguan air terbaharu di Lembah Klang.

Disebabkan kegagalan itu, tegas Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Charles Santiago, masih banyak yang perlu dilakukan pengurusan terbaharu Syabas walaupun telah diambil alih Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor).

Jelas beliau, mesin yang digunakan untuk merawat dan membekalkan air ke setiap isi rumah perlu diselenggara secara berkala kerana beroperasi sepanjang tahun untuk memastikan ia lebih kukuh dan tahan lasak. 

Menurut Santiago, memandangkan saiz rangkaian air yang besar, paip-paip air di Selangor juga perlu dinaik taraf secara berperingkat disebabkan peningkatkan populasi Lembah Klang. 

“Memandangkan kerja penyelenggaraan tidak menjadi budaya utama yang diamalkan negara, maka mesin-mesin ini berhadapan pelbagai masalah,” katanya seperti dipetik portal Free Malaysia Today hari ini. 

Santiago turut menuding jari kepada kelemahan penguatkuasaan agensi kerajaan serta kelemahan pelaksanaan undang-undang terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab. 

“Kita perlu fikir semula cara menguruskan sumber air negara dengan baik,” katanya. 

Air Selangor telah menjadi operator tunggal perkhidmatan bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula 1 April lalu selepas proses penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air Selangor termeterai, Januari lalu. 

Penstrukturan semula itu telah menyaksikan Air Selangor mengambil alih Syabas, Syarikat Pengeluaran Air Selangor Sdn. Bhd. (Splash), Puncak Niaga Sdn. Bhd. (PNSB) dan Konsortium Abass Sdn. Bhd. (KASB).

Lebih sejuta pengguna di tujuh wilayah Lembah Klang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual sejak Ahad lalu susulan pencemaran diesel di Sungai Selangor.

Gangguan tersebut merupakan kejadian kedua dalam tempoh seminggu selepas pencemaran bau pada Jumaat minggu lalu yang memaksa operasi Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1), SSP2 dan SSP3 serta Rantau Panjang terpaksa dihentikan.

Namun begitu, bekalan air di tujuh kawasan terjejas itu sudah pulih sepenuhnya hari ini, lebih awal berbanding jangkaan sebelum ini. – UTUSAN ONLINE

Tags: air selangorDAPGangguan Bekalan AirSPANSyabas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Zamri Vinoth Mohon Sertai DAP?

Zamri Vinoth Mohon Sertai DAP?

06/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Selepas aktivis Tamim Dahri Abdul Razak membuat permohonan untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zamri...

“Part ‘We Go’, Saya Tak Yakin..” – Ahmad Fadhli 

“Part ‘We Go’, Saya Tak Yakin..” – Ahmad Fadhli 

24/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari bersikap sinis terhadap kenyataan seorang Ahli Parlimen DAP di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd