• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gangguan Air: Selesaikan Dalam 84 jam Atau Tukar Pengurusan

oleh
17/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) memberi amaran kepada Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) supaya menyelesaikan kerja-kerja penambahbaikan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) minggu hadapan dalam tempoh 84 jam seperti yang dijanjikan.

Pengerusi SPAN, Charles Santiago berkata, sekiranya bekalan air tidak dapat dipulihkan dalam tempoh itu, beliau menegaskan suruhanjaya berkenaan akan mendesak Menteri Besar Selangor, Amiruddin Shari supaya merombak pengurusan tertinggi Air Selangor dengan serta-merta.

Katanya, walaupun SPAN memahami gangguan tersebut tidak dapat dielakkan demi kepentingan pengguna, namun beliau mahu Air Selangor bertanggungjawab untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat Selangor.

“Kerja-kerja penambahbaikan dijadualkan bermula 23 Julai dari pukul 9 pagi hingga 9 malam dan dijangka pulih sepenuhnya dalam tempoh 84 jam.

“Oleh itu, sekiranya 758,570 akaun pengguna di tujuh wilayah yang terjejas tidak menerima bekalan air menjelang 9 malam pada 26 Julai, kami meminta Menteri Besar Selangor buat pertukaran pengurusan. Kami ambil perkara ini dengan serius,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Beberapa kawasan di sekitar Lembah Klang dan ibu negara akan mengalami gangguan bekalan air antara dua hingga empat hari bermula 23 Julai ini.

Air Selangor dalam kenyataan semalam berkata, gangguan tersebut disebabkan kerja penambahbaikan di loji rawatan air untuk meningkatkan kecekapan bekalan air kepada pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. – Sinar Harian

Tags: air selangorGangguan Bekalan AirSPAN
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Gangguan Bekalan Air Daerah Batang Padang, Hilir Perak Dijangka Pulih Berperingkat Esok

Gangguan Bekalan Air Daerah Batang Padang, Hilir Perak Dijangka Pulih Berperingkat Esok

10/02/2025
0

IPOH : Gangguan bekalan air yang menjejaskan 50,000 akaun pengguna beberapa kawasan di dua daerah iaitu Batang Padang serta Hilir...

Empat Kawasan Di Balik Pulau Alami Gangguan Bekalan Air Malam Ini

Empat Kawasan Di Balik Pulau Alami Gangguan Bekalan Air Malam Ini

13/12/2024
0

GEORGE TOWN - Sebanyak 3,500 akaun pengguna melibatkan beberapa kawasan di Balik Pulau di sini akan mengalami gangguan bekalan air...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd