• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gangguan Air Selasa Depan Ditangguhkan

oleh
20/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerja-kerja pembaikan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 yang dijadualkan pada Selasa depan ditangguhkan.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. berkata, penangguhan itu disebabkan insiden pencemaran bau di sumber air mentah Sungai Selangor yang menyebabkan tiga loji iaitu Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1, 2 dan 3 yang terpaksa dihenti tugas semalam.

Menurutnya, antara jam 2 hingga 2.30 petang semalam, pihaknya telah mengesan pencemaran bau di muka sauk Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1, 2 dan 3 yang merekodkan bacaan 4 Ton dan menyebabkan ketiga-tiga loji ini terpaksa dihenti tugas.

Pemberhentian operasi itu mengakibatkan 1,133 kawasan melibatkan 1,166,842 akaun pelanggan di wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat terjejas dengan gangguan air tidak berjadual ekoran insiden ini.

Menurutnya, memandangkan insiden ini melibatkan hentitugas 3 loji utama dengan skala kawasan terjejas yang besar, Air Selangor telah mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan Kod Merah (ERP Kod Merah).

Kejadian itu telah memaklumkan insiden ini kepada Kerajaan Negeri dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Unit Bencana Negeri.

“Pada jam 5 petang kadar bau di muka sauk LRA Sungai Selangor Fasa 3 mencatatkan bacaan bau ton sifar dan telah kembali beroperasi, manakala LRA 1 dan 2 baru sahaja mencatatkan ton sifar pada pukul 7 petang dan dalam proses pengoperasian semula.

“Memandangkan kami dan pihak berkuasa negeri masih tidak dapat mengesan punca pencemaran, insiden ini mungkin boleh berulang. Oleh yang demikian, kami tidak dapat memberikan jangka masa pemulihan bekalan air buat masa ini.

“Ekoran insiden ini, perancangan bagi kerja-kerja pembaikan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 yang dijadualkan pada 23hb Julai 2019, Selasa minggu hadapan ditangguhkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Tags: air selangorGangguan Bekalan Air
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Athens Dilanda Gempa Bumi

Next Post

Cuaca Panas Terik Melanda Amerika Syarikat

Related Posts

Gangguan Bekalan Air Daerah Batang Padang, Hilir Perak Dijangka Pulih Berperingkat Esok

Gangguan Bekalan Air Daerah Batang Padang, Hilir Perak Dijangka Pulih Berperingkat Esok

10/02/2025
0

IPOH : Gangguan bekalan air yang menjejaskan 50,000 akaun pengguna beberapa kawasan di dua daerah iaitu Batang Padang serta Hilir...

Empat Kawasan Di Balik Pulau Alami Gangguan Bekalan Air Malam Ini

Empat Kawasan Di Balik Pulau Alami Gangguan Bekalan Air Malam Ini

13/12/2024
0

GEORGE TOWN - Sebanyak 3,500 akaun pengguna melibatkan beberapa kawasan di Balik Pulau di sini akan mengalami gangguan bekalan air...

Next Post

Cuaca Panas Terik Melanda Amerika Syarikat

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd