• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Duda Diberkas Bakar Kereta Mufti Perlis

oleh
06/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Seorang duda yang dipercayai terbabit dengan kejadian bakar kereta Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, 22 Mac lalu, diberkas polis.

Tangkapan dibuat sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis di hadapan sebuah rumah di Kampong Sekolah, Merbau Pulas, Kuala Ketil, Kedah, kira-kira jam 4 pagi tadi.

Ketua Polis Perlis, Datuk Noor Mushar Mohd berkata, tiga buah telefon bimbit, tiga keping kad sim berserta tiga kad memori dirampas daripada penganggur berusia 48 tahun itu.

Menurutnya, semakan mendapati, suspek yang dikesan positif dadah methamphetamine ini mempunyai 11 rekod jenayah di pelbagai daerah selain dua rekod dikehendaki.

“Hasil soal siasat, suspek mengaku terlibat membakar kereta Mufti Perlis bersama seorang rakannya yang telah ditahan pada 19 Mei lalu,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Noor Mushar berkata, siasatan masih dijalankan dan suspek kini direman selama empat hari sehingga Selasa depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, seorang penganggur berusia 36 tahun ditahan di Kampung Jelempok, Arau kira-kira jam 2.45 pagi, 19 Mei lalu.

Soal siasat yang dijalankan, suspek mengaku terlibat dengan kes bakar kereta Mufti Perlis dengan bayaran upah RM500. Suspek dipercayai diupah oleh seorang lelaki berusia 33 tahun.

Dipercayai motif kejadian adalah susulan kejadian pemecatan imam pada Januari lalu.

Terdahulu, Mohd Asri mendakwa kejadian kereta rasmi kegunaannya dibakar dalam satu kejadian di kediaman rasminya Jalan Persiaran Wawasan, Perlis, adalah satu aktiviti keganasan.

Untuk rekod, kejadian jenayah berbaur ugutan dan ancaman yang membabitkan golongan agamawan di Perlis adalah kali kedua sejak tahun lalu. – Sinar Harian

Tags: bakar keretaMohd Asri Zainul AbidinMufti Perlis
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Teresa Henti ‘Berdrama’ Sebab Harga Minyak Sawit Tak Naik Juga

Next Post

Mahathir, BERSATU Perlu Konsisten Dengan Pendirian – DAP

Related Posts

Umat Islam Tidak Dibenar Hadir, Turut Serta Upacara Keagamaan, Ritual Bukan Islam – Mufti Perlis

Umat Islam Tidak Dibenar Hadir, Turut Serta Upacara Keagamaan, Ritual Bukan Islam – Mufti Perlis

08/02/2025
0

Kangar : Umat Islam tidak dibenarkan untuk menghadiri dan turut serta melakukan upacara perayaan keagamaan bukan Islam di Perlis. IKUTI...

Suami Bakar Kereta Isteri Kerana Sengketa Rumah Tangga

Suami Bakar Kereta Isteri Kerana Sengketa Rumah Tangga

03/02/2025
0

JOHOR BAHRU: Perselisihan faham dalam rumah tangga, disyaki menjadi punca sebuah kereta Toyota Vios disimbah petrol sebelum dibakar dalam kejadian...

Next Post

Mahathir, BERSATU Perlu Konsisten Dengan Pendirian - DAP

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd