• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Budak Perempuan Maut Ditinggalkan Dalam Kereta

oleh
25/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LANGKAWI – Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun 10 bulan meninggal dunia selepas ditinggalkan kira-kira dua jam di dalam kereta di Taman Sungai Raya, Jalan Ayer Hangat, Kuah dekat sini pada Isnin lalu.

Mangsa ditemui ahli keluarganya dalam keadaan tertiarap dan tidak sedarkan diri di tempat duduk belakang kereta jenis Perodua Bezza yang diletakkan di luar pagar hadapan rumah datuknya kira-kira pukul 4 petang.

Kanak-kanak itu kemudian dibawa ke Hospital Langkawi sebelum disahkan telah meninggal dunia.

Ketua Polis Kedah, Datuk Zainuddin Yaacob berkata, sebelum kejadian, mangsa telah mengikut datuknya yang berusia 73 tahun untuk menjemput kakak dan abangnya pulang dari Sekolah Kebangsaan Jenis Tamil Ladang Sungai Raya, Kisap di sini.

“Mangsa yang duduk di tempat duduk penumpang bahagian belakang kereta bersama kakak dan abangnya dipercayai telah tertidur.

“Datuk serta kakak dan abang mangsa kemudian telah masuk ke dalam rumah dengan menganggap kanak-kanak itu telah keluar dari kereta,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kata beliau, kira-kira dua jam kemudian, ibu mangsa yang bangun dari tidur menyedari mangsa tiada di dalam rumah dan terus mencari mangsa di rumah datuknya terletak kira-kira 100 meter.

“Wanita itu bagaimanapun gagal menemui anaknya itu sebelum dia dan datuk mangsa pergi kereta berkenaan sebelum menemui mangsa tidak sedarkan diri.

“Ketika kejadian, mangsa sudah tidak sedarkan diri di dalam kereta yang semua cermin tingkap bertutup rapat,” ujarnya.

Menurut Zainuddin, mangsa yang tidak menunjukkan sebarang tindak balas seterusnya dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut, bagaimanapun disahkan telah meninggal dunia.

“Laporan penuh bedah siasat mangsa belu diperoleh dan berdasarkan laporan awal, punca kematian mangsa berkemungkinan akibat strok haba,” jelasnya.

Tambahnya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM20,000 atau penjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

“Pihak polis ingin menasihatkan kepada semua ibu bapa atau penjaga agar lebih peka dan sentiasa mengawasi anak masing-masing bagi mengelakkan kejadian tidak diingini seperti ini berlaku.

“Jika siasatan yang dijalankan mendapati wujud kecuaian, tindakan pendakwaan terhadap ibu bapa atau penjaga akan diambil,” katanya.

Tags: budakkanak-kanakkeretamaut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

TERKINI: Lelaki Disahkan Maut Letupan Di Universiti Swasta

TERKINI: Lelaki Disahkan Maut Letupan Di Universiti Swasta

12/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki disahkan maut dalam insiden letupan kompresor penyaman udara di sebuah universiti swasta di Bukit Damansara, pagi...

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tangisan tanpa henti seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dipercayai menjadi punca dia dipukul anak pengasuh di sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd