• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Besar Sangatkah Agenda Kewarganegaraan Bagi DAP?

oleh
23/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pertemuan dua menteri, dua timbalan menteri dan dua ahli Parlimen daripada DAP dengan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung isu kewarganegaraan semalam menimbulkan persoalan.

Penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Zaman Yusoff  dalam satu hantaran di Facebook berkata, perjumpaan pemimpin DAP itu seolah-olah menunjukkan isu kewarganegaraan merupakan isu besar sehingga memerlukan mereka meninggalkan tugas rasmi untuk berbincang dengan Muhyiddin.

“Apa kaitan isu-isu kewarganegaraan ini dengan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng; Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran; Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, Hannah Yeoh dan Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching?
 
“Saya masih ingat lagi betapa pada 9 Julai lalu Menteri Dalam Negeri memberikan jawapan tegas beliau kepada soalan Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham, yang memohon supaya dimudahkan pemberian kewarganegaraan, dan semoga beliau terus bertegas,” tulis Dr. Kamarul Zaman.

Gambar pertemuan itu dikongsi oleh Ahli Parlimen Lanang, Alice Lau Kiong Yieng yang turut hadir pada pertemuan itu di Facebook beliau semalam. 

Turut hadir pada perjumpaan itu adalah Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham.

“Kami mengadakan mesyuarat bersama Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini untuk berbincang mengenai kanak-kanak tanpa warganegara / isu kewarganegaraan. Perbincangan yang membuahkan hasil.

“Kami memberikan pandangan dan nasihat. Terima kasih kepada pegawai yang terlibat dan atas perhatian yang diberikan,” tulis Alice Lau. – UTUSAN ONLINE

Tags: DAPKamarul Zaman Yusoffkewarganegaraan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Zamri Vinoth Mohon Sertai DAP?

Zamri Vinoth Mohon Sertai DAP?

06/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Selepas aktivis Tamim Dahri Abdul Razak membuat permohonan untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zamri...

“Part ‘We Go’, Saya Tak Yakin..” – Ahmad Fadhli 

“Part ‘We Go’, Saya Tak Yakin..” – Ahmad Fadhli 

24/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari bersikap sinis terhadap kenyataan seorang Ahli Parlimen DAP di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd