• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Beri Peluang Kepada Najib Bantu BN – Tok Mat

oleh
12/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KRAI – Semua ahli UMNO diminta memberi peluang kepada Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyumbang fikiran serta pengalaman yang dimiliki untuk membantu Barisan Nasional (BN) selepas dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat gabungan itu, Selasa lalu.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Mohamad Hasan berkata, ahli-ahli parti perlu berfikir secara rasional yang perlu diimbangi dengan baik dan buruk atas setiap keputusan yang dibuat oleh pimpinan itu.

Beliau berkata, UMNO dan BN memerlukan kerjasama semua pihak dalam perjuangan untuk menyelamatkan negara daripada terus dimusnahkan oleh Pakatan Harapan (PH).

“Bagi masa dahulu supaya orang berfikir secara rasional. Sesuatu perkara itu perlu diimbangi dengan baik dan buruk, kalau banyak baiknya kenapa tidak sedangkan UMNO dan BN memerlukan kerjasama semua pihak.

“Siapa-siapa yang hendak sumbang tenaga dan buah fikiran memang kita galakkan dan inikan pula bekas presiden dan pemimpin negara,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Krai di sini hari ini.

Yang turut hadir, Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Ahmad Jazlan Yakob dan Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai, Mohamed Zulkepli Omar.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai reaksi bercampur baur khususnya akar umbi UMNO yang kelihatan kurang selesa mengenai pelantikan bekas Perdana Menteri itu sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat BN.

Kesemua kepemimpinan UMNO dilihat bersetuju dengan pelantikan kecuali Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang menganggapnya sebagai satu langkah ke belakang manakala Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau, Khairy Jamaluddin mengakui tidak gembira mendengar berita itu.

Mengulas lanjut Mohamad berkata, fungsi Najib tidak bertindih dengan peranan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO.

Sementara itu, ketika ditanya apakah tindakan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kembali menjalankan tugas sebagai Presiden UMNO dan pelantikan Najib untuk kembali berperanan secara formal dalam parti sedangkan kedua-duanya sedang menghadapi pertuduhan di mahkamah, beliau berkata:

“Bagi peluang untuk mereka membela diri masing-masing di mahkamah, selagi tidak ada keputusan selagi itu tidak bersalah.” – UTUSAN ONLINE

Tags: Barisan NasionalMohamad HasanNajib Tun RazakUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tugas UMNO Pastikan Persempadanan Semula Sasar Tambah Wakil Melayu Di Parlimen

Tugas UMNO Pastikan Persempadanan Semula Sasar Tambah Wakil Melayu Di Parlimen

17/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Jurucakap Pulau Pinang, Datuk Mohd Noor Ahmad mahu UMNO meneliti secara mendalam usaha persempadanan semula kawasan pilihan raya,...

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga realiti utama perlu dihadapi UMNO berdasarkan hakikat dan cabaran dihadapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd