• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Apandi Ali Saman Kit Siang RM10 Juta

oleh
15/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamad Apandi Ali memfailkan saman fitnah terhadap Penasihat DAP, Lim Kit Siang menuntut sejumlah RM10 juta berhubung penerbitan sebuah artikel yang disiarkan dalam portal berita Malaysiakini.com mendakwanya bersubahat dalam skandal 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

Mohamad Apandi, 45, selaku plaintif memfailkan saman itu pada 5 Julai lalu di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui Tetuan Saibullah M. V. Nathan & Co dan menamakan Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu selaku defendan.

Berdasarkan Pernyataan Tuntutan, plaintif mendakwa pada 6 Mei lalu defendan telah menulis dan menyebabkan penyiaran atau penerbitan artikel bertajuk “Dangerous fallacy to think Malaysia’s on the road to integrity” di dalam Malaysiakini.

Mohamed Apandi yang dilantik sebagai peguam negara pada 27 Julai 2015 hingga 4 Jun 2018 mendakwa perkataan-perkataan fitnah di dalam artikel itu antara lain membawa maksud beliau telah bersubahat dan terlibat di dalam kegiatan jenayah terutamanya di dalam skandal kewangan 1MDB.

Selain itu, Mohamad Apandi berkata, artikel tersebut membawa maksud beliau tidak mempunyai integriti dan tidak bermoral; tidak beretika dan telah salah guna kuasa sebagai peguam negara pada masa itu.

Plaintif juga mendakwa perkataan-perkataan fitnah itu adalah tidak benar dan sengaja ditulis untuk menjatuhkan imej serta kredibilitinya sebagai bekas Peguam Negara Malaysia.

Dakwanya tuduhan tersebut bertujuan mendapatkan publisiti murahan serta menyebabkan beliau berasa malu terhadap keluarga, kenalan dan warga profesional di kalangan ahli-ahli jurusan undang-undang dengan penerbitan artikel berkenaan.

Dakwanya, penerbitan artikel fitnah itu kini diketahui oleh orang ramai kerana ia telah disiar semula dan dikongsi melalui sistem pesanan ‘WhatsApp’, ‘Twitter’ serta lain-lain forum media sosial seperti ‘Facebook’.

Mohamed Apandi mendakwa pada 13 Jun lepas, notis tuntutan telah dihantar kepada Kit Siang supaya menarik balik semua pernyataan yang ditulis dan memohon maaf namun defendan gagal mematuhinya.

Sehubungan itu, Kit Siang menuntut gantirugi am sebanyak RM10 juta, gantirugi teruk; gantirugi teladan; perintah injunksi bagi menghalang defendan, pekerja, ejen atau mana-mana pihak daripada menerbitkan semula perkataan fitnah dalam artikel berkenaan selain menuntut kos dan relif lain yang sesuai daripada mahkamah.

Tags: Apandi AliLim Kit SiangSaman Fitnah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Keputusan Rayuan Kes Saman Fitnah Sultanah Nur Zahirah 12 Disember Ini

Keputusan Rayuan Kes Saman Fitnah Sultanah Nur Zahirah 12 Disember Ini

22/09/2023
0

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan menetapkan 12 Disember ini untuk memberikan keputusannya terhadap rayuan Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah berhubung saman fitnah...

Kes Saman Fitnah Selesai, Roslin Mohon Maaf Kepada Kenny Goh

Kes Saman Fitnah Selesai, Roslin Mohon Maaf Kepada Kenny Goh

06/09/2023
0

KUALA LUMPUR : Kes saman fitnah terhadap Roslin Hashim selesai secara baik selepas bekas pemain badminton nombor satu dunia itu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd