• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aliran Harga Getah Menurun Minggu Depan

oleh
06/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pasaran getah Malaysia dijangkakan tidak banyak berubah minggu depan, namun memihak kepada aliran harga menurun, kata peniaga.

Presiden Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Malaysia, Denis Low Jau Foo berkata, pasaran menyaksikan peningkatan permintaan dan harga bagi SMR20 dan lateks pukal semasa sidang kemuncak G20 pada akhir Jun, namun merosot pada minggu yang baru berakhir.

Ini disebabkan kurangnya belian susulan tiada berita kukuh dari AS dan China selepas perdamaian yang dicapai semasa pertemuan di sidang kemuncak itu.

“Kita bakal menyaksikan aliran harga menurun disebabkan permintaan yang tidak berubah, manakala bekalan meningkat selepas musim daun luruh yang lebih pendek daripada biasa.

“Perang perdagangan yang belum berakhir memberi kesan ke atas penggunaan getah, dengan pengguna membeli pada asas keperluan berbanding menyimpan stok sebagai penampan untuk kemungkinan pengukuhan ekonomi dunia,” katanya.

Beliau berkata, ketidaktentuan yang muncul daripada perang perdagangan itu sudah pasti tidak memberi manfaat kepada peniagaan.

Oleh itu pelabur perlu bijak dan berhati-hati dengan kemungkinan Presiden Donald Trump mengenakan tarif ke atas mana-mana negara dan mana-mana produk pada bila-bila masa.

Bagi minggu yang baru berakhir, pasaran didagangkan bercampur-campur, menjejaki prestasi pasaran niaga hadapan getah serantau.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, harga fizikal Lembaga Getah Malaysia bagi gred tayar SMR20 merosot 12 sen kepada 593 sen sekilogram, manakala lateks pukal susut 6 sen kepada 491 sen sekilogram.

Pada penutupan 5 petang, harga bagi gred tayar SMR20 turun 7.5 sen kepada 593.5 sen sekilogram, manakala lateks pukal susut 6 sen kepada 489.5 sen sekilogram.

Tags: Ekonomiharga getahPerang Perdagangan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kekuatan Melayu Pada Kerjasama UMNO-PAS

Next Post

Teresa Henti ‘Berdrama’ Sebab Harga Minyak Sawit Tak Naik Juga

Related Posts

Tinjauan Ekonomi Malaysia Untuk 2025 Dan Jangkaan Masa Depan

Tinjauan Ekonomi Malaysia Untuk 2025 Dan Jangkaan Masa Depan

27/03/2025
0

Meta Deskripsi: Terokai tinjauan ekonomi Malaysia untuk 2025. Ketahui pemacu utama pertumbuhan, risiko yang berpotensi, dan perubahan dasar yang boleh...

Selangor, KL, Johor Penyumbang Terbesar Ekonomi Malaysia

Selangor, KL, Johor Penyumbang Terbesar Ekonomi Malaysia

02/07/2024
0

PUTRAJAYA: Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Sarawak dan Pulau Pinang kekal sebagai penyumbang utama ekonomi Malaysia dengan sumbangan sebanyak 67.7 peratus...

Next Post

Teresa Henti ‘Berdrama’ Sebab Harga Minyak Sawit Tak Naik Juga

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd