• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aksi ‘Panas’ Penumpang Grab Bercumbuan Tersebar

oleh
29/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sejak semalam tular dalam laman Twitter memaparkan aksi seorang penumpang lelaki bercumbuan dengan seorang wanita di tempat duduk belakang perkhidmatan e-hailing, Grab.

Video berdurasi 23 saat itu dimuat naik oleh Mohamad Azif yang dipercayai merupakan pemandu kenderaan tersebut sehingga mendapat ulang kicau sebanyak 2,375 dan tanda suka sebanyak 1,811 daripada warga maya.

Bagaimanapun, video berjudul ‘Dugaan Pemandu Grab sekarang’ itu tidak dapat dipastikan sama ada penumpang tersebut sudah berkahwin ataupun tidak.

Aksi lucah tersebut mendapat pelbagai reaksi antaranya daripada pengguna Twitter, Izzati Zulkipli yang mengecam tindakan pemandu tersebut.

“@GrabMY tolong tengok awak punya pemandu. Pelanggaran terhadap hak privasi pelanggan. Entah-entah dia tak maklumkan pun ada rakaman dalam perjalanan. Salah apa pun yang pelanggan buat tak bagi lesen pada awak untuk canang satu dunia,” tulisnya.

Kicauan itu mendapat respon daripada Grab Malaysia yang berjanji akan menyiasat perkara itu serta menerangkan fungsi pemasangan kamera dashcam dalam kenderaaan itu.

“Hi Izzati, terima kasih kerana memaklumkan perkara ini kepada kami. Kegunaan Dashcam bertujuan untuk mencegah jenayah dan bukannya untuk melanggar hak mana-mana penumpang.

“Kami melihat perkara ini secara serius dan sedang menyiasat dengan lebih mendalam. Orang ramai boleh menyalurkan sebarang maklumat kepada kami. Terima kasih,” katanya.

Sementara itu, seorang pengguna laman sosial lain pula, Syed Najmi Jeffry berbeza pendapat tentang aksi ‘panas’ itu.

“Perempuan itu sesak nafas, lelaki itu dengan kegigihan sedang lakukan CPR (pertolongan cemas atau Kardiopulmonari pernafasan). Pemandu itu kelihatan cemas dalam perjalanan ke Tanjung Rambutan,” sindirnya.

Bagi pengguna yang menggelarkan dirinya @PauKachang, perbuatan tidak senonoh itu sepatutnya ditegur dan bukannya disebarkan kepada khalayak.

“Allah pesan kalau nampak maksiat tegur, bukan sebar,” nasihatnya. – UTUSAN ONLINE

Tags: aksi lucahbercumbuGrabpemandupenumpang
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Anak Gajah Maut Dirempuh Lori Muatan Bijih Besi

Next Post

Istiadat Pertabalan Al-Sultan Abdullah Esok Jadi Tumpuan

Related Posts

Tular Hentikan Kenderaan Di Tengah Jalan, Pemandu EXCO Johor Diberi Amaran

Tular Hentikan Kenderaan Di Tengah Jalan, Pemandu EXCO Johor Diberi Amaran

24/08/2024
0

JOHOR BAHRU : Pemandu kepada seorang EXCO kerajaan negeri yang menghentikan kenderaan di tengah jalan untuk menegur seorang pemandu lain...

Imigresen Serbu Kuarters Pekerja Warga Asing Awal Pagi

Penumpang Lahirkan Bayi Di Balai Menunggu KLIA

01/01/2024
0

SHAH ALAM - Kakitangan dan orang ramai di Terminal Satu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berhadapan situasi luar biasa...

Next Post

Istiadat Pertabalan Al-Sultan Abdullah Esok Jadi Tumpuan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd