• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AirAsia Bukan Pilihan Terbaik Selamatkan Malaysia Airlines

oleh
01/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – AirAsia Berhad bukan pihak terbaik untuk menyelamatkan Malaysia Airlines Berhad (MAB), malah dibimbangi nasib AirAsia akan menjadi seperti MAB jika pengambilalihan itu dilakukan.

Sebaliknya, AirAsia dijangka tenggelam lebih pantas berbanding MAB memandangkan pengambilalihan itu tidak mendapat bantuan kerajaan.

Kesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kapal Kabin Malaysia (NUFAM) berkata, jangan lupa apa yang berlaku pada tahun 2010 yang mana terdapat rancangan untuk mengambil alih dan ia mencadangkan AirAsia untuk membeli beberapa saham di bawah perjanjian pertukaran saham tetapi idea itu gagal.

Pelan itu gagal kerana ketika MAB telah diuruskan dengan betul dan ramai berfikir pengambilalihan itu menjadi satu kelebihan buat Airsia pada masa itu.

Namun selepas pertukaran saham tidak dilakukan, kedudukan MAB kembali goyah.

“Rupa-rupanya beberapa “orang tengah” telah membuat dan kehilangan wang kerana menjadi broker rundingan bagi merancang perjanjian itu Tetapi tanpa menyedari kedua-dua jenama itu berbeza dan kakitangan tidak sama sekali dilatih sama, itulah sebabnya ramai orang di MAB tidak senang.

“Terdapat banyak cadangan pada masa lalu untuk membolehkan AirAsia mengambil alih MAB kerana syarikat penerbangan itu telah membuat nama sendiri. Namun, ia lebih kepada jalan pendek untuk menyelamatkan MAB.

“Tetapi jangan lupa AirAsia hanya World Best pada tahap mereka sendiri dan mereka hanya bersaing dengan syarikat penerbangan kos rendah di seluruh dunia,” katanya di sini.

Menurut NUFAM, MAB sepatutnya bersaing dengan Singapore Airlines, Cathay Pacific, Thai Airways atau Emirate. Bukan AirAsia atau mana-mana syarikat penerbangan tambang rendah.

“Ini adalah perniagaan penerbangan dunia, bukan bisnes rojak atau kedai kopi yang mana boleh dibuka dan ditutup ikut suka. Jadi kita semua perlu berfikiran positif dan datang dengan idea lebih baik daripada mengambil jalan singkat menyelamatkan MAB.

“AirAsia ada jenamanya sendiri dan model perniagaannya berjaya tetapi ia adalah kisah yang berbeza,” jelas NUFAM.

Kesatuan itu menambah, AirAsia perlu mengekalkan perkhidmatan penerbangan tambang rendah untuk pelanggan yang tidak mampu terbang dengan MAB.

Jika AirAsia mengambil alih MAB hari ini, mereka akan mempunyai lebih banyak liabiliti dan harga tiket mereka tidak lagi akan menjadi kos rendah.

AirAsia tidak pernah menjadi syarikat penerbangan perkhidmatan penuh seperti MAB yang menyediakan segala-galanya secara percuma dari makanan hingga kepada selimut.

Jenama AirAsia datang dengan tanda harga untuk pelanggan mereka, apa sahaja yang dituntut oleh penumpang dengan harganya sementara MAB tidak mengenakan caj kepada penumpang mereka.

“Anda tidak boleh membandingkan Durian King dengan manggis, sama sekali tidak sama,” tambahnya.

Susulan itu, NUFAM berpendapat, Tan Sri Tony Fernandes sepatutnya diberi peranan sebagai penasihat untuk menyelamatkan MAB tetapi beliau perlu bebas membuat keputusan untuk mengelak berlaku konflik antara kedua-dua syarikat penerbangan berkenaan.

“Itu akan menjadi kedudukan terbaik untuk beliau membantu MAB jika beliau menolong syarikat penerbangan negara ini atau melihat apa sebenarnya yang berlaku di sebalik tabir MAB,” kata NUFAM yang yakin masalah MAB kerana ada isu-isu tersembunyi.

NUFAM yang menentang cadangan pengambilalihan MAB oleh AirAsia kerana menyifatkan idea itu tidak akan mengubah keadaan sebaliknya menyebabkan kedua-duanya menjadi entiti bermasalah pada kemudian hari.

MAB juga diminta menghentikan perbelanjaan mewahnya seperti membeli lebih banyak kapal terbang dan menjadi penaja buat masa ini.

“MAB perlu berjimat dan membuat tindakan terbaik dalam keadaan genting sekarang. Masalah birokrasi yang berlaku dalam mengendalikan MAB perlu ditangani.

“Kalau MAB mahu menyuntik wang bagi menyelamatkan MAB, kami cadangkan pembersihan daripada atas perlu dilakukan. MAB boleh berdiri tanpa “Little Napoleans”yang berada di belakang tabir.

“Paling penting kerajaan perlu mengenal pasti siapa individu-individu yang berada di belakang kegagalan MAB,” kata NUFAM. – MalaysiaGazette

Tags: AirAsiaMABMalaysia Airlines
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

20/07/2024
2

KUALA LUMPUR - AirAsia telah menyambung semula operasi daftar masuk secara dalam talian pada jam 2 petang tadi, selepas syarikat...

Malaysia Airlines Kini Penerbangan Rasmi Manchester United

Malaysia Airlines Kini Penerbangan Rasmi Manchester United

22/03/2024
0

KUALA LUMPUR : Malaysia Airlines menjalin perkongsian strategik global dengan kelab bola sepak Inggeris, Manchester United (MU) apabila dinamakan sebagai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd