• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

11 Ahli Parlimen Kerajaan Masih Belum Isytihar Harta

oleh
25/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Seramai 11 Ahli Parlimen kerajaan masih belum mengisytiharkan harta mereka kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Hasil semakan Sinar Harian di laman sesawang https://mydeclaration.sprm.gov.my, kesemua individu tersebut ialah:

  1. Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz
  2. Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid
  3. Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya
  4. Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin
  5. Ahli Parlimen Temerloh, Mohd Anuar Mohd Tahir
  6. Ahli Parlimen Mersing, Datuk Abd Latiff Ahmad
  7. Ahli Parlimen Kudat, Datuk Abd Rahim Bakri
  8. Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Azizah Mohd Dun
  9. Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
  10. Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee
  11. Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau

Hasil semakan Sinar Harian hari ini mendapati Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh merupakan Ahli Parlimen terbaru membuat pengisytiharan harta kepada SPRM semalam.

Dalam pada itu, semakan di portal pengisytiharan harta itu menunjukkan beberapa Ahli Parlimen kerajaan masih belum mengemaskini pengisytiharan jumlah aset mereka walaupun sudah mengisytiharkan jumlah pendapatan bulanan.

Perkara itu turut dibangkitkan Ahli Parlimen pembangkang sebelum ini yang pelik apabila ada Ahli Parlimen mempunyai pendapatan sehingga RM30,000 sebulan tetapi aset diisytihar RM0.

Antara Ahli Parlimen tersebut termasuklah Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi; Ahli Parlimen Jelutong, R. Sanisvara Nethaji Rayer; Ahli Parlimen Mas Gading, Mordi Bimol dan Ahli Parlimen Bentong, Wong Tack.

Dua anggota pentadbiran kerajaan iaitu Setiausaha Politik kepada Menteri Pertahanan, Mohd Azhar Che Mat Dali dan Setiausaha Politik kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Pritchard Arthur Gumbaris masih belum mengemaskini jumlah aset yang tertera RM0 dalam portal SPRM.

Terdahulu, Dewan Rakyat pada 1 Julai lalu meluluskan usul mewajibkan semua Ahli Parlimen termasuk pembangkang mengisytiharkan harta masing-masing.

Usul dikemukakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong dan disokong Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. Xavier Jayakumar diluluskan selepas dibahaskan 26 Ahli Parlimen.

Selepas Vui Keong menggulung usul berkenaan, Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof, memaklumkan usul itu diluluskan sebulat suara.

Berdasarkan usul itu, semua Ahli Parlimen, perlu mengisytiharkan harta mereka termasuk isteri atau suami, anak serta pemegang amanah dalam Akuan Berkanun.

Akuan Berkanun terbabit kemudiannya perlu dikemukakan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat dalam tempoh tiga bulan daripada tarikh usul itu dipersetujui dan disalinkan kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). – Sinar Harian

Tags: Ahli ParlimenIsytihar Hartapakatan harapan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dewan Rakyat ‘Panas’ 2 Ahli Parlimen Blok Kerajaan Bertikam Lidah

Dewan Rakyat ‘Panas’ 2 Ahli Parlimen Blok Kerajaan Bertikam Lidah

05/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini 'panas' dengan pertikaman lidah membabitkan dua Ahli Parlimen daripada blok kerajaan. Pertikaman lidah tercetus...

Ahli Parlimen Berhak Bawa Apa-apa Usul – Johari Ghani

Ahli Parlimen Berhak Bawa Apa-apa Usul – Johari Ghani

27/07/2025
0

SHAH ALAM: Semua Ahli Parlimen berhak mengemukakan sebarang usul di Dewan Rakyat dan tiada pihak boleh melarang, kata Naib Presiden...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd