• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

X70 Penyumbang Utama Jualan Tertinggi Proton

oleh
17/06/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PROTON berjaya mencatat angka jualan tertinggi dalam tempoh 46 bulan pada bulan Mei 2019 dengan sebanyak 10,611 unit kenderaan terjual.

Ia menunjukkan peningkatan sebanyak 51.3 peratus berbanding bulan April sekali gus mendorong pertumbuhan jualan keseluruhan bagi lima bulan pertama tahun ini kepada lebih 70 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2018.

Manakala peratusan pegangan pasaran untuk bulan itu pula dianggarkan pada 17.2 peratus. Prestasi itu menandakan satu lagi catatan cemerlang Proton sejak Januari 2016. Penyumbang utama kepada pertumbuhan kukuh itu ialah model X70 yang berjaya dijual sebanyak 2,439 unit dijual pada bulan Mei.

Secara keseluruhan, sebanyak 13,572 unit telah diserahkan kepada pelanggan dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini. Persona dan Iriz 2019 berjaya mencatat angka jualan sebanyak 940 unit (yang tertinggi setakat ini selama tempoh lebih dua tahun).

Dengan hampir 4,000 unit yang dijual, angka jualan untuk kedua-dua model baharu itu telah mencapai sebanyak 36 peratus daripada keseluruhan jualan Proton.

Model Saga juga mencatatkan kenaikan semula jualan dan telah melepasi 3,000 unit untuk bulan kedua berturut-turut. Pada bulan Mei, Saga terjual sebanyak 3,610 unit (Mei), meningkat sebanyak 41 peratus secara keseluruhan dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini. Saga bakal menerima penambahbaikan ketara dan dijangka diperkenalkan pada separuh kedua tahun ini.

Tags: KenderaanProtonSUVX70
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kehadiran Lelaki Bertopi Bersama Haziq Cetus Persoalan

Next Post

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

Related Posts

Lebih 2.2 Juta Kenderaan Di Lebuh Raya PLUS Menjelang Aidilfitri

Lebih 2.2 Juta Kenderaan Di Lebuh Raya PLUS Menjelang Aidilfitri

19/03/2025
1

KUALA LUMPUR: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan peningkatan trafik sehingga 2.2 juta kenderaan sehari pada hari puncak menjelang Aidilfitri di...

Polis Belum Rakam Keterangan Kolumnis Dakwa UiTM Amal ‘Apartheid’

7 Kenderaan Rosak Dihempap Pokok Tumbang Di Kinrara

27/05/2024
0

SERDANG: Tujuh kenderaan rosak dihempap pokok tumbang susulan angin kuat dan hujan lebat di Taman Kinrara di sini, semalam. IKUTI...

Next Post

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd