• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Usul Ta’awun Siyasi PAS-UMNO Diluluskan

oleh
20/06/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Dewan Ulama PAS sebulat suara meluluskan usul berkaitan ta’awun siyasi (kerjasama politik) dengan UMNO dan parti lain pada Muktamar Tahunan ke-58 di Wisma Belia di sini hari ini.

Usul itu dibentangkan oleh Ketua Penerangan Dewan Ulama, Mohd Asri Mat Daud dan diterima semua perwakilan sayap PAS berkenaan.

Mohd Asri berkata, terdapat keperluan mendesak untuk melebarkan pendekatan ta’awun siyasi dalam politik semasa sebagai asas membina penyatuan ummah dalam sesebuah masyarakat dan negara.

Justeru katanya, satu garis panduan dan pekeliling perlu digariskan bagi membolehkan semua ahli mengikutinya.

“PAS telah bekerjasama dengan banyak parti politik dan yang terbaharu dengan UMNO.. jadi ia perlu dilaksanakan dengan mengikut mekanisme yang digariskan.

“Justeru, saya cadangkan kepada kepimpinan PAS Pusat supaya mengeluarkan garis panduan dan pekeliling agar semua dapat mematuhinya dengan baik,” katanya ketika mencadangkan usul berhubung taawun siyasi yang dikemukakan Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Ulama PAS.

Beliau berkata, ta’awun siyasi perlu menjadi rujukan penting dalam strategi dan pendekatan semasa PAS terutama dalam usaha meluaskan dakwah serta menegakkan tuntutan syariah dalam usaha menyatupadukan ummah.

Dalam pada itu, Mohd Asri berkata, PAS boleh menerima semua parti sekiranya mereka boleh menerima Islam.

“Kalau mereka boleh menerima Islam, kita mengalu-alukan jalinan kerjasama itu,” katanya. – Sinar Harian

Tags: dewan ulama PasPAStaawun siyasiUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berpandangan cadangan memotong elaun petrol Ahli Parlimen tidak memberikan...

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Kenyataan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menyifatkan pembangkang hari ini sebagai 'paling tidak berguna'...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd