• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sekretariat Suara Rakyat Lapor SPRM Terhadap Menteri

oleh
11/06/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Sekretariat Suara Rakyat hari ini membuat laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dokumen pemindahan dana berjumlah AS$741,440 yang dipercayai ke akaun penama seorang Menteri Kabinet.

Pengerusinya, Datuk Lokman Noor Adam berkata, beliau memperoleh dokumen itu daripada seorang individu pada malam tadi berhubung pemindahan dana oleh satu syarikat ke dalam akaun di luar negara yang bertarikh 19 Disember 2017.

Katanya, tidak ada sebab munasabah untuk syarikat berkenaan bagi memindahkan wang sebanyak itu ke akaun individu tersebut yang sebelum ini merupakan seorang pemimpin di kerajaan negeri.

“Laporan ini saya buat untuk memberi peluang kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu, Latheefa Koya agar tiada memihak mana-mana pihak dan bersikap neutral untuk menyiasat sesiapa jua walaupun daripada kelompok politik sama.

“Kita berharap satu keajaiban agar Latheefa untuk menyiasat dan jika benar pemindahan itu berlaku, kita berharap SPRM akan hantar kertas siasatan kepada Jabatan Peguam Negara dan terpulang kepada Peguam Negara untuk ambil tindakan seterusnya,” katanya dalam sidang akhbar di pekarangan Ibu Pejabat SPRM di sini, hari ini.

Sementara itu, Lokman juga membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya mengenai penyebaran rakaman video lucah yang mirip seorang ahli politik tempatan.

Katanya, polis digesa melakukan siasatan bagi menyiasat kesahihan video tersebut termasuk mengambil tindakan undang-undang kepada individu yang menyebarkan, yang berlakon dan yang menghasilkan video itu. – UTUSAN ONLINE

Tags: Lokman Noor AdamMohamed Azmin AliPDRMSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

28/01/2026
0

MELAKA: Seorang pegawai kanan tentera ditahan reman selepas disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM150,000 berkait kerja perbekalan bahan mentah...

Lima Direman Kes Rasuah Pegawai Kanan TLDM

Lima Direman Kes Rasuah Pegawai Kanan TLDM

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Lima individu direman bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah membabitkan pelantikan syarikat kroni seorang pegawai kanan Tentera Laut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd