• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Satu Lagi Demo Aman Bantah Jajaran LRT Bayan Lepas

oleh
28/06/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PULAU PINANG – Satu lagi demonstrasi aman diadakan di perkarangan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini hari ini bagi membantah cadangan jajaran LRT Bayan Lepas yang didakwa menjejaskan tapak asal Masjid Sungai Nibong Besar dan tanah perkuburan Islam di situ.

Sebelum ini, pada 21 Jun lalu, lebih 100 umat Islam bertindak mengadakan demonstrasi aman, juga di perkarangan Komtar bagi membantah cadangan jajaran LRT Bayan Lepas di kawasan hadapan masjid tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Selamatkan Masjid Sungai Nibong Besar, Sophian Mohd. Zain berkata, anak-anak kariah tidak akan menyerahkan walau seinci tanah yang diwakafkan bagi membina Masjid Jamek Sungai Nibong Besar yang baharu bagi memberi laluan kepada jajaran LRT Bayan Lepas.

Sophian berkata, demonstrasi akan diadakan dengan lebih kerap selagi persetujuan dan penjelasan tidak diberikan kepada penduduk mengenai status jajaran LRT berkenaan.

“Kami tidak akan serahkan walau seinci tanah wakaf masjid ini kepada jajaran LRT Bayan Lepas.

“Minggu lalu kami telah menyerahkan memorandum namun sehingga hari ini tiada tindakan diambil, jadi kami akan adakan bantahan dengan lebih kerap sehingga ada persetujuan,” katanya ketika ditemui di perkarangan Komtar di sini hari ini.

Menurut Sophian anak-anak kariah juga mempersoalkan mengapa pembangunan masjid baharu yang terletak di tapak asal tidak berjalan seperti dirancang pada ketika ini.

“Ahli kariah bertanya kepada pihak kontraktor mengenai pemberhentian kerja pembinaan masjid baharu, namun difahamkan bahawa mereka menerima arahan bagi berbuat demikian.

“Wang pendahuluan sudah diambil pihak kontraktor dan yang menjadi persoalannya ialah mereka menerima arahan daripada siapa,” katanya.

Tambahnya, kerajaan negeri perlu memberikan penjelasan segera mengenai perkara itu dan pembinaan masjid baharu perlu diteruskan seperti rancangan asal tanpa menjejaskan tanah wakaf masjid itu. – UTUSAN ONLINE

Tags: demonstrasiLRT Bayan LepasPulau Pinang
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Gerakan Tuntut 1.0 Serah CD Bukti Rasuah PH

Next Post

Apa Sudah Jadi Dengan Kes Kematian Beng Hock?

Related Posts

Ketibaan Pelancong China Ke Pulau Pinang Melonjak 218.86 Peratus

Ketibaan Pelancong China Ke Pulau Pinang Melonjak 218.86 Peratus

19/05/2025
0

GEORGETOWN: Ketibaan pelancong dari China ke Pulau Pinang melonjak sebanyak 218.86 peratus pada 2024 berbanding tahun sebelumnya, sekali gus menjadikan...

Pulau Pinang Sambut Baik Pelaksanaan Projek Lebuhraya Bertingkat Juru-Sungai Dua

Pulau Pinang Sambut Baik Pelaksanaan Projek Lebuhraya Bertingkat Juru-Sungai Dua

18/10/2024
0

GEORGE TOWN - Kerajaan Pulau Pinang menyambut baik pengumuman pelaksanaan projek Lebuhraya Bertingkat Juru dan Sungai Dua yang dibentangkan dalam...

Next Post

Apa Sudah Jadi Dengan Kes Kematian Beng Hock?

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd