• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ringgit Diramal Alami Tekanan

oleh
01/06/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ringgit dijangka terus ditekan oleh perkembangan berkaitan ketegangan perdagangan yang dicetuskan Amerika Syarikat (AS), sejajar dengan mata wang negara Asia lain, malah pasaran sedia bimbang dengan prospek kelembapan keadaan ekonomi global seterusnya, kata peniaga.

Penganalisis FXTM, Han Tan berkata, ringgit berbanding dolar AS terus mendekati paras psikologi 4.20, susulan Presiden AS Donald Trump mengancam untuk mengenakan tarif baharu ke atas barangan Mexico, tindakan yang akan menjejaskan lagi sentimen risiko.

“Walaupun Malaysia, Singapura dan Vietnam dimasukkan dalam senarai pemerhatian Perbendaharaan AS bagi manipulasi mata wang minggu ini, namun ia dijangka tidak memberi risiko negatif serta-merta kepada mata wang masing-masing,” menurutnya dalam kenyataan.

Beliau berkata, bacaan Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Malaysia Nikkei bagi Mei, serta data perdagangan luaran pada April, yang akan dikeluarkan beberapa hari lagi, mungkin memberi petunjuk selanjutnya bahawa ekonomi terbuka dan bergantung kepada perdagangan seperti Malaysia tidak ‘kebal’ daripada kesan konflik AS-China yang sedia meningkat.

“Faktor tempatan dijangka kurang penting berbanding pemacu luaran bagi ringgit dengan daya tahan dolar AS menggambarkan laluan USD-MYR mungkin akhirnya melepasi paras psikologi 4.20, terutama jika AS membuat ancaman baharu perang perdagangan,” katanya.

Bagaimanapun, ringgit dijangka terus bergantung kepada asas ekonomi Malaysia yang berdaya tahan untuk mengimbangi prestasinya dengan penggubal dasar mempunyai penampan mencukupi untuk menguruskan kesan risiko negatif luaran secara berhati-hati ke atas ekonomi domestik, katanya.

Berasaskan Jumaat ke Jumaat, ringgit susut kepada 4.1890/1920 berbanding dolar AS daripada 4.1870/1900 sebelumnya.

Ia didagangkan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama lain.

Unit tempatan mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0399/0432 daripada 3.0404/0431 namun rendah berbanding yen Jepun kepada 3.8512/8544 daripada 3.8178/8216.

Ringgit naik berbanding pound Britain kepada 5.2693/2748 daripada 5.3158/3213 dan stabil berbanding euro kepada 4.6703/6741 daripada 4.6844/6894.

Tags: Dolar ASRinggit Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ringgit Terus Melonjak Untuk Ditutup Pada Paras RM3.91 Sedolar Hari Ini

Ringgit Terus Melonjak Untuk Ditutup Pada Paras RM3.91 Sedolar Hari Ini

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Ringgit terus melonjak bagi hari ketiga berturut-turut, ditutup pada paras 3.9175 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu...

Ringgit Dijangka Terus Meningkat, Sasar Ke Bawah 4.00 Sedolar Minggu Hadapan

Ringgit Dijangka Terus Meningkat, Sasar Ke Bawah 4.00 Sedolar Minggu Hadapan

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka diniagakan lebih tinggi susulan sentimen pelabur yang kekal optimis terhadap mata wang tempatan, dengan sasaran untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd