• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RCI Wang Kelian: Lebih Satu Sindiket Terlibat

oleh
13/06/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Dipercayai lebih daripada satu sindiket terlibat dalam kes penemuan kem penempatan sementara dan kubur di Wang Kelian, Perlis berdasarkan bukti-bukti yang ditemukan di kawasan kem terbabit.

Asisten Superintenden Mohd. Yusof Ariffin dari kumpulan 69 Komando (VAT69) berkata, antara bukti yang ditemukan ialah pelbagai barangan barangan berlainan dan struktur binaan yang berbeza di setiap kem.

Mohd. Yusof yang merupakan saksi ke-45 berkata, dalam operasi yang dilakukan pada Mei 2015 itu, pihaknya telah menemukan sebanyak 16 lokasi yang dijadikan kem di sempadan antara Malaysia dan Thailand.

“Di setiap kem yang ditemukan, ada peralatan berbeza yang digunakan seperti barangn memasak dan juga talam makanan. Struktur binaan kem dan khemah juga berbeza-beza, jadi kemungkinan ia dari kumpulan yang berbeza.

“Kem itu ada yang lama dan baharu. Kami juga jumpa laluan digunakan,” katanya pada sesi pendengaran awam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai penemuan kem penempatan sementara dan kubur di Wang Kelian, Perlis di sini hari ini.

Selain itu katanya, walaupun penemuan kem berkenaan telah dibongkarkan sejak Januari 2015, pihaknya turut menemukan bukti baharu yang ditinggalkan di salah sebuah kem iaitu sisa nasi yang ditinggalkan.

“Namun, kami tidak dapat pastikan sisa itu ditinggalkan oleh pihak mana, sama ada pemburu di kawasan berkenaan atau siapa. Sisa nasi hanya sedikit, selain itu kami turut menemukan beras siam,” katanya.

Ketika menjawab soalan Pengerusi RCI, Tun Arifin Zakaria mengenai punca air di kem-kem yang ditemukan, Mohd. Yusof berkata ada diantara kem berkenaan yang menyedut air menggunakan paip pvc dari kawasan Thailand.

“Antara barangan lain yang ditemukan ialah anak patung beruang dan juga pakaian. Di kawasan berkenaan juga kami temukan sebuah surau yang dinamakan musafirin,” katanya.

Sesi yang memasuki hari ke-15 hari ini turut mendengar keterangan tiga lagi saksi iaitu Pengerusi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Datuk A. Aziz A. Rahim, Inspektor Wan Mohamad Hashim Wan Jaafar dan Asisten Superintenden Harnizam Idris.

Tags: pemerdagangan manusiaRCIwang kelian
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Malaysia Pulang Dari Thailand Antara 400 Mangsa Terkandas Di Wang Kelian

Rakyat Malaysia Pulang Dari Thailand Antara 400 Mangsa Terkandas Di Wang Kelian

23/11/2025
0

Kangar: Hampir 400 mangsa terkandas di Wang Kelian dekat Padang Besar, selepas berlaku runtuhan tanah di Jalan Wang Kelian, kira-kira...

SUHAKAM Tuntut Penubuhan Segera RCI Siasat GISBH

SUHAKAM Tuntut Penubuhan Segera RCI Siasat GISBH

11/10/2024
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menuntut penubuhan segera Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) menyiasat dakwaan pelanggaran hak asasi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd