• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PH Bersiap Sedia Hadapi PRN Sarawak – Penganalisis

oleh
27/06/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Dua orang penganalisis politik melihat serangan terbaru kerajaan persekutuan ke atas pentadbiran negeri Sarawak sebagi petanda bahawa Pakatan Harapan (PH) membuat persediaan awal untuk pilihan raya negeri (PRN) yang mesti diadakan menjelang Mei 2021.

Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya dan Lee Kuok Tiung dari Universiti Malaysia Sabah berkata, serangan terbaru itu kelihatan lebih agresif berbanding amalan biasa merendah-merendahkan pesaing politik masing-masing.

Mereka merujuk kepada amaran Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bahawa negeri itu bakal bankrap serta dakwaan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin bahawa Sarawak merupakan satu-satu negeri yang tidak menyediakan tanah kepada kementerian beliau untuk membina rumah mampu milik.

Guan Eng dibidas oleh beberapa anggota pentadbiran Sarawak kerana membuat andaian bahawa kerajaan negeri itu tidak merancang untuk menjana hasil.

Sementara itu kenyataan Zuraida ditolak oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Sim Kui Hian, yang berkata, negeri menyediakan 10 bidang tanah kepada kementerian beliau yang mencukupi untuk membina 12,000 rumah.

Azman memberitahu FMT, serangan tersebut boleh dianggap sewenang-wenang, selain menambah bahawa PH mungkin cuba mengalihkan perhatian orang ramai daripada beberapa klip video seks yang didakwa melibatkan seorang menteri pusat atau cuba menutup kegagalannya mengurus ekonomi.

“Unjuran ekonomi negara yang tidak meyakinkan dan kemerosotan harga minyak sawit dan getah mesti ditutup oleh kerajaan persekutuan,” katanya.

Beliau juga menyebut tentang kos sara hidup yang tinggi, kekurangan peluang pekerjaan dan aliran keluar wang dari dalam negara.

Lee yang menyifatkan Gabungan Parti Sarawak, gabungan politik yang menguasai kerajaan negeri, sebagai pentadbiran yang kuat, namun katanya, PH Sarawak terus yakin ia boleh menang dalam PRN yang bakal diadakan.

Bagi PH katanya, memenangi PRN Sarawak adalah seperti memenangi cepu mas kerana rizab negeri berkenaan berjumlah RM30 bilion. – FMT

Tags: pakatan harapanpilihan raya negerisarawak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PETRONAS Rujuk Mahkamah Persekutuan Selesai Isu Petroleum Di Sarawak

PETRONAS Rujuk Mahkamah Persekutuan Selesai Isu Petroleum Di Sarawak

12/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) memfailkan suatu notis usul di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya bagi mendapatkan penjelasan berhubung kerangka kawal...

Syarikat Penerbangan Baharu Sarawak Perkenal Uniform Kru Kabin Moden & Elegan

Syarikat Penerbangan Baharu Sarawak Perkenal Uniform Kru Kabin Moden & Elegan

03/01/2026
0

KUCHING – Syarikat penerbangan tempatan pertama Sarawak, Air Borneo, mencuri perhatian apabila memperkenalkan rekaan uniform kru kabin baharu yang tampil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd