• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Orang Asli Kuala Koh: Jumlah Pesakit Kini 112 Orang

oleh
16/06/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GUA MUSANG – Jumlah Orang Asli suku Batek yang dijangkiti penyakit tidak diketahui puncanya meningkat seramai sembilan pesakit kepada 112 orang pada semalam berbanding 103 orang pada Khamis lepas.

Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan, Dr. Zaini Hussin berkata, empat pesakit masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), masing-masing seorang di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) dan tiga pesakit di Hospital Kuala Krai (HKK).

“Sementara itu, seramai 48 pesakit dirawat di wad biasa di HKK dan Hospital Gua Musang (HGM) manakala 19 pesakit ditempatkan di Rumah Inap Kesihatan Orang Asli (RIKA) Gua Musang di sini.

“Baki 41 pesakit pula telah menerima rawatan sebagai pesakit luar,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, statistik tersebut hanya merangkumi dua kematian yang telah disahkan sahaja dan tidak membabitkan 12 kematian yang lain.

Masyarakat Orang Asli suku Batek mula menjadi perhatian selepas 14 daripada mereka dilaporkan meninggal dunia akibat jangkitan penyakit yang tidak diketahui puncanya.

Namun hasil bedah siasat terhadap dua mayat sebelum ini mendapati mangsa meninggal dunia akibat jangkitan radang paru-paru (pneumonia).

Tags: jangkitan kumanKuala kohOrang asli batek
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Keracunan Logam Berat Bukan Punca Kematian Orang Asli

26/09/2019
0

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan punca kematian 12 orang asli di Kampung Kuala Koh, Kelantan bukan kerana keracunan...

Krisis Kesihatan Orang Asli Kuala Koh Dalam Radar SPRM

11/07/2019
0

KOTA BHARU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan pihaknya menerima laporan berkaitan krisis kesihatan yang berlaku di Kuala Koh,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd