• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Akui Terkilan Dengan Tok Pa

oleh
29/06/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JELI – Setelah sekian lama berdiam diri, akhirnya bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak meluahkan rasa terkilan di sebalik penghijrahan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pekan mengakui terkejut dengan tindakan di luar jangkaan ‘pemimpin kesayangannya’ itu.

“Ambo (saya) nak sangat datang ke Jeli bukan semata- mata kerana anak bongsu tapi ingin melihat sendiri keadaan di Jeli.

“Sebelum ini ambo hanya teropong dari jauh dan dengar-dengar di hujung telinga, tapi hari ini ambo melihat sendiri kekuatan UMNO Jeli yang tak boleh disangkal sesiapa walaupun orang kesayangan ambo telah lari di tengah malam,” katanya.

Najib berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jeli di Kompleks UMNO bahagian berkenaan di sini hari ini.

Sebahagian perwakilan dan ahli PAS Jeli yang turut hadir pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jeli di sini hari ini.

Najib yang juga Ketua UMNO Bahagian Pekan dalam nada sinis turut mendedahkan Mustapa antara pemimpin yang banyak menghulurkan surat cinta kepada beliau.

“Tok Pa antara pemimpin atau menteri yang banyak hulur surat pada ambo surat cinta, surat minta projek, minta tender dan sebagainya, yang banyak ambo lulus kerana ia untuk orang Jeli dan Kelantan.

“Tapi apakan daya ini balasannya, dia nak lompat di tengah malam, sikit pun tak bagi tahu saya, tak ada apa-apa isyarat, ambo tahu pun dalam akhbar sahaja,” katanya.

Dalam pada itu, Najib berkata, beliau yakin kesatuan yang terjalin antara PAS dan UMNO akan jadi asas kemenangan pada PRU15 nanti.

Najib yang tiba kira-kira jam 4.15 petang diiringi Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Anuar Musa dan Pengerusi BN negeri, Datuk Ahmad Jazlan Yaacob.

Beliau disambut oleh kira- kira 2,000 penyokong yang setia menanti di pekarangan kompleks berkenaan sejak jam 2 petang. – Sinar Harian

Tags: Najib Tun RazakPAS KelantanUMNO Kelantan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kerajaan Pertimbang Pekerja Asing Dari Afrika

Next Post

Tiada Transaksi, Akaun Luar Negara Milik Azmin – SPRM

Related Posts

PRN: PAS Kelantan Pertahan Semula 37 Kerusi, Bersatu Dapat 8

PRN: PAS Kelantan Pertahan Semula 37 Kerusi, Bersatu Dapat 8

13/06/2023
0

PAS dan Bersatu Kelantan dilapor sudah memuktamadkan persefahaman antara mereka berhubung pembahagian kerusi menjelang pilihan raya negeri (PRN) tidak lama...

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Next Post

Tiada Transaksi, Akaun Luar Negara Milik Azmin - SPRM

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd