• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Muafakat Hanya Dengan PAS, Tiada Parti Lain

oleh
22/06/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dakwaan liar kononnya pimpinan UMNO sedang berunding peggabungan dengan parti lain, selain PAS adalah tidak benar.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, muafakat dan kerjasama politik UMNO-PAS menjadi fokus dalam memperbaiki kebokbrokan politik serta pemerintahan ketika ini.

“UMNO akan teguh bermuafakat bersama PAS dan akan membuat perhitungan politik secara bersama berpandukan piagam dan kesepakatan yg termeterai di antara kedua-dua parti.

“Muafakat UMNO-PAS akan menjadi asas kepada muafakat nasional yang lebih besar serta inklusif agar membentuk satu usaha padu ke arah mengubah politik dan pemerintahan negara supaya rakyat benar-benar terbela, selain negara benar-benar sejahtera,” katanya sebentar tadi.

Meskipun tidak menamakan mana-mana parti, Annuar dipercayai merujuk kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

Semalam ketika Muktamar Tahunan PAS Ke-65, Abdul Abdul Hadi berkata, PAS tidak akan menuntut hak untuk menjadi ketua sekiranya menjalin hubungan ta’awun siyasi bersama UMNO bagi mendepani Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Katanya, gabungan politik yang dikenali sebagai kepemimpinan Islam itu bersifat fleksibel, termasuk dalam percaturan memilih ‘nakhoda’ pergerakan.

“Kita sebut secara umum, kepemimpinan Islam bukan mesti (diterajui) oleh UMNO atau PAS, boleh jadi pihak ketiga diangkat sebagai ketua kerana politik ini fleksibel.

“Kita tidak menuntut (untuk menjadi ketua), melainkan bila orang memaksa dan perlu kita berada di hadapan,” tegasnya. – MalaysiaGazette

Tags: Annuar MusaPASPPBMUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berpandangan cadangan memotong elaun petrol Ahli Parlimen tidak memberikan...

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Kenyataan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menyifatkan pembangkang hari ini sebagai 'paling tidak berguna'...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd