• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Morsi Meninggal Dunia, Rebah Di Mahkamah

oleh
18/06/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAHERAH – Bekas presiden Mesir, Mohammed Morsi meninggal dunia ketika perbicaraan di mahkamah pada Isnin.

Menurut laporan media tempatan, Morsi, 67, rebah selepas penutup sesi perbicaraan di mahkamah dan segera dikejarkan ke hospital yang kemudiannya meninggal dunia sejurus selepas itu.

Morsi adalah presiden Mesir pertama yang dipilih secara demokratik dan hanya sempat memegang kuasa lebih setahun pada 2011 sebelum pihak tentera menumbang pemerintahannya pada Julai 2013.

Sementara itu, organisasi yang dimiliki beliau, Ikhwanul Muslimin telah diharamkan.

Pada 2018, tiga ahli parlimen British memberitahu, bahawa Morsi dikurung bersendirian selama 23 jam sehari, dan hanya dibenarkan bersenam selama satu jam.

Menurut mereka, cara Morsi dikurung boleh diklasifikasikan sebagai penyeksaan dan juga boleh menyebabkan kematian.

Morsi yang mempunyai masalah kesihatan termasuk kencing manis serta penyakit hati dan buah pinggang juga dilaporkan tidak menerima rawatan perubatan yang diperlukan.

Pemimpin Islam itu hidup dalam penjara selepas digulingkan dan berdepan beberapa pendakwaan termasuk sebagai pengintip untuk Iran, Qatar dan kumpulan militan seperti Hamas di Semenanjung Gaza. Beliau juga didakwa di bawah akta pengganas.

Dalam pada itu, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, yang menyokong kuat pemimpin Islam semasa Allahyarham mengetuai Mesir, menyampaikan ucapan takziah kepada Morsi dan menggelarnya sebagai seorang syahid. – Agensi

Tags: meninggal duniamohammed morsi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kematian Dicemburi, Warga Emas Meninggal Dunia Ketika Dalam Sujud Di Surau

Kematian Dicemburi, Warga Emas Meninggal Dunia Ketika Dalam Sujud Di Surau

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub SUNGAI PETANI – Seorang lelaki warga emas meninggal dunia dalam keadaan sujud ketika menunaikan solat sunat di Surau...

Chuck Norris Meninggal Dunia Pada Usia 86 Tahun

Chuck Norris Meninggal Dunia Pada Usia 86 Tahun

21/03/2026
0

HOLLYWOOD, 21 Mac 2026 – Dunia hiburan antarabangsa dikejutkan dengan berita pemergian legenda seni mempertahankan diri dan pelakon terkenal, Chuck...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd