• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Messi Atlet Paling Kaya Di Dunia

oleh
12/06/2019
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TORONTO – Pendapatan penyerang Barcelona dan Argentina, Lionel Messi lebih tinggi berbanding diraih juara tinju dunia, Floyd Mayweather sepanjang tahun lalu menurut majalah perniagaan Forbes awal pagi tadi.

Messi yang menjaringkan 36 gol ketika membantu Barcelona menjulang La Liga tahun ini, meraih pendapatan AS$127 juta (RM528.7 juta) membabitkan gaji dan penajaan untuk melonjak ke tangga teratas senarai 100 atlet dengan bayaran tertinggi.

Penyerang Juventus, Cristiano Ronaldo meraih AS$109 juta atau RM453.7 juta disusuli penyerang Paris Saint-Germain, Neymar (AS$105 juta atau RM437.1 juta), petinju Mexico Canelo Alvarez (AS$94 juta atau RM391.3 juta) dan bintang tenis Switzerland, Roger Federer (AS$93.4 juta atau RM388.8 juta) melengkapkan senarai kelompok lima teratas.

Mayweather yang mendahului senarai pada 2018 dan empat kali mendahului dalam tempoh tujuh tahun, hanya mempunyai satu perlawanan pertunjukan di Jepun Disember tahun lalu dan tidak berada dalam senarai 100 teratas, yang membabitkan atlet daripada 10 sukan berbeza.

Pemain Persatuan Bolakeranjang Nasional (NBA) mendominasi kelompok atlet dengan 35 daripada mereka menduduki senarai 100 terbaik , namun tidak setinggi pendapatan diraih penyerang Los Angeles Lakers, LeBron James yang menduduki tangga kelapan dengan pendapatan keseluruhan AS$89 juta (RM370.6 juta).

Pemain American football di tangga kedua dengan 19 pemain diikuti besbol 15 pemain dan bola sepak, 12.

Menurut Forbes, atlet dengan bayaran tertinggi dalam senarai itu secara keseluruhannya meraih pendapatan berjumlah AS$4 bilion (RM16.6 bilion) dalam tempoh 12 bulan terakhir naik lima peratus berbanding tahun lalu AS$3.8 bilion (RM15.8 bilion). – Reuters

Tags: atletbola sepakFORBESLionel Messiterkaya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemunculan Singkat Messi Di Kolkata Cetus Kekecewaan 80,000 Peminat, Sebabkan Rusuhan

Kemunculan Singkat Messi Di Kolkata Cetus Kekecewaan 80,000 Peminat, Sebabkan Rusuhan

13/12/2025
0

Kemunculan Singkat Messi Di Kolkata Cetus Kekecewaan 80,000 Peminat Oleh Mynewshub  KOLKATA, INDIA – Kemunculan legenda bola sepak dunia, Lionel...

Gaduh Ketika Perlawanan Bola Sepak: 4 Pemain Dikenakan Bon Jaga Keamanan 6 Bulan

Gaduh Ketika Perlawanan Bola Sepak: 4 Pemain Dikenakan Bon Jaga Keamanan 6 Bulan

14/08/2025
0

TELUK INTAN: Empat lelaki dikenakan bon menjaga keamanan selama enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, kerana bergaduh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd