• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 4, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Maybank Dakwa Dokumen Pemindahan Dana Palsu

oleh
13/06/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malayan Banking Bhd. (Maybank) menjelaskan dokumen nasihat pemindahan dana yang disebarkan dalam talian, berhubung dakwaan membabitkan pemindahan wang kepada seorang menteri persekutuan mengguna akaun bank itu, adalah palsu.

“Dokumen nasihat pemindahan dana’ itu yang disebarkan dalam talian tidak dikeluarkan oleh bank ini dan nombor akaun Maybank yang dinyatakan pada dokumen itu adalah tidak sah,” kata jurucakap Maybank hari ini semasa dihubungi untuk menjelaskan perkara itu.

“Oleh kerana dokumen yang mengandungi nama Maybank itu kelihatan seperti dokumen yang telah dipalsukan, Maybank akan mengambil tindakan perlu untuk melindungi kepentingannya,” kata jurucakap itu.

Salinan dokumen itu tular di laman sosial, mendakwa sejumlah wang milik UEM Group Bhd. telah dipindahkan ke akaun menteri itu menerusi akaun Maybank.

Semalam, UEM Group Bhd. turut menafikan dakwaan bahawa ia terlibat dalam pemindahan wang itu.

“UEM Group Bhd. ingin menyatakan bahawa ia tidak memiliki akaun bank di cawangan utama Maybank KL, dan juga tidak memiliki akaun dengan nombor akaun seperti didakwa oleh pelbagai laman media sosial,” katanya dalam kenyataan ringkas.

Untuk membersihkan namanya, UEM Group telah membuat laporan polis dan bersedia memberi kerjasama kepada pihak berkuasa relevan, katanya.

Tags: MaybankMohamed Azmin Alipemindahan danauem group berhad
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

“Saya Kenal Haziq Dari Jauh” – Azmin

Next Post

Jadah Apa UMNO Buat Video Libatkan Azmin?

Related Posts

Gangguan Khidmat Perbankan, Maybank Mohon Maaf

Gangguan Khidmat Perbankan, Maybank Mohon Maaf

10/04/2024
1

KUALA LUMPUR: Malayan Banking Bhd (Maybank) memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi oleh pelanggannya akibat isu yang tidak dijangka dan...

Kadar Pinjaman Maybank Naik Mulai Jumaat

Kadar Pinjaman Maybank Naik Mulai Jumaat

06/07/2022
0

KUALA LUMPUR: Maybank akan melaras naik Kadar Asas (BR) dan Kadar Pinjaman Asas (BLR) sebanyak 25 mata asas berkuat kuasa...

Next Post

Jadah Apa UMNO Buat Video Libatkan Azmin?

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd