• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Tegaskan Pendirian Tunggu Bukti Kukuh MH17

oleh
28/06/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia menganggap insiden pesawat MH17 milik Malaysia Airlines (MAS) yang ditembak jatuh di timur Ukraine hampir lima tahun lepas masih dalam siasatan dan masih menunggu keputusan serta bukti kukuh berhubung mereka yang bertanggungjawab bagi kejadian itu.

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata ini kerana masih terdapat pelbagai persoalan serta kemusykilan berkaitan insiden itu, khasnya memandangkan Malaysia menyertai Pasukan Penyiasat Bersama Antarabangsa (JIT) beberapa bulan selepas ia ditubuhkan.

“Selagi kita tidak lihat dengan jelas tentang bukti kukuh mengaitkan empat nama itu kita anggap perkara itu masih dalam proses siasatan,” katanya apabila ditanya mengenai langkah JIT untuk membicarakan empat orang berhubung kejadian itu dan rasa tidak puas hati yang diluahkan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan keputusan pasukan penyiasat antarabangsa itu.

Pada 19 Jun, JIT mengumumkan bahawa ia akan mengeluarkan waran tangkap terhadap tiga warga Rusia-Igor Girkin, Sergey Dubinskiy dan Oleg Pulatov – serta seorang warga Ukraine iaitu Leonid Kharchenko yang dikatakan bertanggungjawab bagi tragedi MH17.

“Perbicaraan akan diadakan pada Mac hadapan. Masih ada masa untuk cari bukti berkaitan. Kita tunggu sampai perbicaraan di mahkamah dan akan nilai sebarang keputusan kelak,” katanya selepas melancarkan buku Bantuan Demokrasi dan Pendanaan Asing: Melewati Pertukaran Rejim tulisan Muhammad Takiyuddin Ismail terbitan Universiti Malaya (UM) Press di sini hari ini.

Pada 17 Julai 2014, pesawat MH17 dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ditembak jatuh di ruang udara wilayah Ukraine yang dikuasai kumpulan pemisah pro Russia mengorbankan 298 orang.

Tags: Malaysia AirlinesMH17pesawat ditembak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Airlines Kini Penerbangan Rasmi Manchester United

Malaysia Airlines Kini Penerbangan Rasmi Manchester United

22/03/2024
0

KUALA LUMPUR : Malaysia Airlines menjalin perkongsian strategik global dengan kelab bola sepak Inggeris, Manchester United (MU) apabila dinamakan sebagai...

9 Tahun Berlalu, Keluarga Masih Menunggu Jawapan Punca Kehilangan MH370

9 Tahun Berlalu, Keluarga Masih Menunggu Jawapan Punca Kehilangan MH370

07/03/2023
0

KUALA LUMPUR: Sembilan tahun berlalu tanpa sebarang berita yang jelas mengenai kehilangan penerbangan MH370, menyebabkan ahli keluarga mangsa masih menaruh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd