• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Airlines Akan Kekal Identitinya Jika Dijual

oleh
25/06/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan ingin menjual Malaysia Airlines, tetapi identitinya sebagai syarikat penerbangan kebangsaan akan dikekalkan, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, kerajaan telah membuat banyak perubahan terhadap Malaysia Airlines, tetapi setiap kali ia masih gagal.

“Jadi, kali ini, kita perlu lebih berhati-hati dalam langkah-langkah yang akan diambil untuk memulihkan Malaysia Airlines.

“Ia bukan sekadar perubahan pengurusan, banyak perkara lain yang salah berkaitan syarikat penerbangan itu yang perlu diperbetulkan,” katanya kepada pemberita di luar Meja Bulat Asia Pasifik ke-33 di sini, hari ini.

Mahathir berkata demikian sebagai respons terhadap gesaan oleh dua veteran Malaysia Airlines, termasuk bekas Ketua Pegawai Eksekutif, untuk mengubah pengurusan syarikat penerbangan itu selepas kegagalannya bagi tahun kelima untuk mencapai kedudukan dalam 20 teratas dalam kaji selidik antarabangsa mengenai syarikat penerbangan.

Mereka berkata, Malaysia Airlines, yang turun dua tangga daripada tempat ke-36 dalam kaji selidik 100 Syarikat Penerbangan Terbaik Dunia tahunan Skytrax, telah kehilangan kelasnya.

Kesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kapal Kabin Malaysia (Nufam) juga menggesa pengurusan Malaysia Airlines untuk berundur susulan berita bahawa syarikat penerbangan nasional itu gagal mencapai tempat dalam kalangan 20 teratas dalam kaji selidik 100 Syarikat Penerbangan Terbaik Dunia untuk tempoh lima tahun.

Malaysia Airlines tidak tersenarai dalam 20 tempat teratas sejak 2014 selepas menduduki tempat ke-18, turun dari tempat ke-24 pada 2015 kepada ke-34 pada 2016, menduduki tempat ke-31 pada 2017 dan sekali lagi tempat ke-34 pada tahun lepas.

Sementara itu, mengulas mengenai pengunduran Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd. Nor sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) selepas hanya 11 bulan memegang jawatan itu, Mahathir berkata, Megat Zaharuddin tidak sihat.

“Dia kurang sihat barangkali, dia kata dia tak sihat sebab itu dia minta supaya dilepaskan,” katanya.

Tags: MABMahathir MohamadMalaysia Airlines
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Malaysia Tidak Akan Diheret Konflik Dimulakan Pihak Lain

Next Post

PU Rizz Buat Laporan Polis Isu Gambar Lucah

Related Posts

Malaysia Airlines Kini Penerbangan Rasmi Manchester United

Malaysia Airlines Kini Penerbangan Rasmi Manchester United

22/03/2024
0

KUALA LUMPUR : Malaysia Airlines menjalin perkongsian strategik global dengan kelab bola sepak Inggeris, Manchester United (MU) apabila dinamakan sebagai...

9 Tahun Berlalu, Keluarga Masih Menunggu Jawapan Punca Kehilangan MH370

9 Tahun Berlalu, Keluarga Masih Menunggu Jawapan Punca Kehilangan MH370

07/03/2023
0

KUALA LUMPUR: Sembilan tahun berlalu tanpa sebarang berita yang jelas mengenai kehilangan penerbangan MH370, menyebabkan ahli keluarga mangsa masih menaruh...

Next Post

PU Rizz Buat Laporan Polis Isu Gambar Lucah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd