• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahathir Mulakan Lawatan Kerja 3 Hari Ke UK

oleh
15/06/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tiba di London pada Jumaat untuk lawatan kerja tiga hari ke United Kingdom, diiringinya isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali.

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah; Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan beberapa pegawai telah tiba lebih awal pada Jumaat untuk mengiringi Mahathir dalam lawatan kerja itu.

Menurut para pegawai Suruhanjaya Tinggi Malaysia di sini, atucara pertama lawatan beliau ialah mengadakan pertemuan dengan wakil-wakil Majlis Pelajar Malaysia di United Kingdom dan Eire (Ireland)(UKEC) pada pagi Sabtu di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di sini.

Pada sebelah petang, Perdana Menteri akan melawat Galeri Dunia IslamYayasan Al-Bukhary yang baharu di Muzium British di Bloomsbury, di sini.

Galeri itu yang ditubuhkan dengan sokongan Yayasan Al Bukhary dari Malaysia kini sedang membantu Muzium British mengatur semula pameran koleksi-koleksi penting warisan Islam, dan mencerminkan hubungan antara kebudayaan Islam dengan Dunia Purba di satu pihak, dan Kebudayaan Dunia Mediterranean dan Eropah di pihak yang lain.

Tags: lawatan kerjaMahathir MohamadUnited Kingdom
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Simbol Muafakat UMNO-PAS

Next Post

Amelia Henderson Diugut Rogol Sampai Mati Ketika Kecil

Related Posts

UK ‘Bantu’ Keluar Senjata Di Ukraine

UK ‘Bantu’ Keluar Senjata Di Ukraine

02/03/2025
0

ISTANBUL - Ukraine dan United Kingdom (UK) menandatangani perjanjian pinjaman yang akan "ditujukan ke arah pengeluaran senjata di Ukraine," kata...

New York Saman TikTok, FB Punca Krisis Kesihatan Mental Remaja

Lawatan Kerja Zahid, Zambry Ke Jepun Perluas Kerjasama Pendidikan Tinggi

16/02/2024
0

PUTRAJAYA - Lawatan kerja Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr...

Next Post

Amelia Henderson Diugut Rogol Sampai Mati Ketika Kecil

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd