• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Janganlah Sakiti Hati Ibu Bapa Ainul”

oleh
18/06/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – “Janganlah menyakiti hati ibu bapa Ainul, anda tidak berada di tempat mereka. Mereka mahu yang terbaik untuk anak mereka.”

Demikian nasihat Dr. Amalina Che Bakri, salah seorang doktor yang terlibat dalam pembedahan membuang ketumbuhan seberat 200 gram pada mulut bayi istimewa, Ainul Mardhiah Isnin lepas.

Nasihat itu dimuat naik dalam ‘insta story’ doktor tersebut dan ia dipercayai berkaitan tuduhan mendakwa ibu bapa Ainul Mardhiah hanya mengikut ‘nafsu’ apabila membawa bayi itu ke London untuk menjalani pembedahan.

Menurut Dr. Amalina, usah dipersoalkan di mana Ainul Mardhiah menjalani pembedahan kerana sudah tertulis rezeki bayi tersebut mendapat rawatan di United Kingdom (UK).

“Sudah tertulis rezeki Ainul untuk mendapat rawatan di UK, jangan pula dipersoalkan di mana, yang penting pembedahan sudah berjaya.

“Marilah kita doakan sahaja kesejahteraan mereka dan semua doktor di dunia ini yang banyak berkorban untuk membantu orang yang berada di dalam kesusahan,” tulis beliau.

Dr. Amalina turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua doktor yang telah merawat Ainul Mardhiah sama ada di Malaysia atau di UK.

“Janganlah dibanding-bandingkan usaha mana-mana doktor.

“Kami sebagai doktor akan membantu sesiapa sahaja jika mampu tidak kira di mana kami berada, tidak ada kena-mengena dengan isu peribadi dan sebagainya,” katanya.

Semalam, bapa bayi tersebut, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24, berkata keputusan melakukan pembedahan anak sulungnya itu di London bukan perkara mudah.

Tegasnya, mereka perlu berhadapan dengan pelbagai risiko besar dan ia bukannya untuk kepentingan diri tetapi demi masa depan bayinya.

“Selain pembedahan yang terlalu berisiko, untuk membawa Ainul ke sini juga adalah salah satu risiko yang besar perlu untuk Ainul tempuhi.

“Jadi, jika kami dikatakan membuat keputusan untuk ke sini kerana mengikut hawa nafsu kami, maka tuduhan itu adalah tidak berasas kerana untuk membawa Ainul ke sini pun satu risiko yang besar buat dirinya,” katanya menerusi laman Facebooknya. – Sinar Harian

Tags: Ainul MardhiahAmalina Che BakriLondonpembedahanUnited Kingdom
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Harta Tun Daim Di UK Dibekukan – Azam Baki

Harta Tun Daim Di UK Dibekukan – Azam Baki

25/06/2025
0

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melaksanakan arahan pembekuan ke atas aset milik Allahyarham Tun Daim Zainuddin di...

Jabatan Akauntan Negara Kesan Penipuan Dana Awam RM10.4j Di Jabatan Persekutuan

Jabatan Akauntan Negara Kesan Penipuan Dana Awam RM10.4j Di Jabatan Persekutuan

20/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) mengesan penipuan dana kerajaan berjumlah RM18 juta sepanjang tempoh lima tahun sehingga 2024,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd