• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Itu Cara Mahathir Bukan Cara Malaysia – Puad

oleh
28/06/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

A. Kadir Jasin, Pengarah Media Pejabat Perdana Menteri menyatakan pemimpin yang terlibat dengan skandal seks mesti meletak jawatan. Dia merujuk kepada kes video ‘Azmin love Haziq’.

Bila pemberita minta komen Tun Dr. Mahathir Mohamad terhadap tulisan A. Kadir Jasin itu, jawapan Tun Mahathir ialah ‘Bukan cara Malaysia’ seseorang itu meletak jawatan kerana video lucah.

Bukan cara Malaysia maksudnya bukan budaya Malaysia. Cara adalah kebiasaan. Kebiasaan boleh bertukar menjadi budaya.

Bercakap soal cara atau budaya Malaysia dalam isu moral, saya teringat peristiwa 36 tahun dulu ketika menuntut di Amerika Syarikat.

Sepasang pelajar Malaysia tajaan biasiswa kerajaan di Stockton, California dibicarakan atas tuduhan membunuh anak luar nikah mereka. Bayi yang baru lahir itu dibungkus dan dibuang dalam tong sampah.

Keesokannya, tukang angkat sampah terdengar bunyi bayi menangis. Rupanya bayi itu masih hidup tetapi kerana kesejukan bayi itu mati bila dibawa ke hospital. Pelajar itu dikenakan dakwaan ‘first degree murder’.

Semasa perbicaraan, peguam bela pasangan pelajar itu meminta Mahkamah membebaskan mereka atas alasan ‘Menghormati cara atau budaya Malaysia’.

Hujah peguam ialah, di Amerika seks bebas dan seks sebelum kahwin adalah perkara biasa. Justeru apabila dapat anak luar nikah anak itu diterima dan akan dijaga dengan baik.

Tetapi di Malaysia, mereka malu apabila melahirkan anak luar nikah. Maka dengan menggunakan keratan akhbar di Malaysia dia menunjukkan bukti gambar anak anak luar nikah ditinggalkan dalam tong sampah, tepi longkang, dalam tandas, dalam masjid, dalam semak dan depan pagar rumah orang.

Hujah peguam, itu budaya atau cara orang Malaysia. Maka beliau mahu mahkamah membebaskan pasangan tersebut demi menghormati cara atau budaya Malaysia.

Hakim bersetuju dan memutuskan pasangan itu tidak bersalah dan dibebaskan kerana menghormati budaya orang Malaysia.

Apakah Tun Mahathir setuju dengan Hakim tersebut. Apakah itu cara Malaysia apabila mendapat anak luar nikah. Justeru, apakah Tun Mahathir mengutamakan cara atau budaya daripada prinsip moral sejati.

Dalam kes Azmin, betulkah meletak jawatan bukan cara atau budaya Malaysia sebenar. Kalau begitu kenapa dalam kes Anwar, Tun Mahathir pecat dia sebagai TPM (Timbalan Perdana Menteri) dan ahli UMNO. Bahkan secara terbuka Tun Mahathir mendakwa dia tidak boleh membenarkan seorang yang rendah moralnya menjadi Perdana Menteri.

Sebab itu sebenarnya standard ‘Ukuran moral Tun Mahathir’ adalah ‘Ikut Suka Aku (ISA)’. Azmin terselamat tetapi Anwar teraniaya.

Tetapi Anwar tidak boleh menyalahkan Tun Mahathir. Mereka sama-sama bersubahat. Kenapa ‘Politik jijik’ hanya dikaitkan dengan video seks? Apakah fitnah, cakap bohong, tidak menunaikan janji dan ‘selective prosecution’ bukan politik jijik?

Malang sekali Malaysia mendapat seorang Perdana Menteri yang memiliki ukuran standard moral mengikut suka hati beliau. Itu cara Mahathir bukan cara Malaysia.

MOHD. PUAD ZARKASHI

Tags: Mahathir MohamadMohamed Azmin AliPuad Zarkashi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kes Saman Muhyiddin Terhadap Puad Zarkashi Selesai Secara Baik

Kes Saman Muhyiddin Terhadap Puad Zarkashi Selesai Secara Baik

29/05/2024
0

KUALA LUMPUR - Kes saman difailkan Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berhubung kenyataan yang didakwa...

Puad: Hishammuddin Tak Serik, Penggerak Utama SD Sokong Muhyiddin

Puad: Hishammuddin Tak Serik, Penggerak Utama SD Sokong Muhyiddin

28/01/2023
0

Ahli Majlis Tertinggi Umno Puad Zarkashi mendakwa Ahli Parlimen Sembrong Hishammuddin Hussein terpaksa digantung keahlian kerana memainkan peranan utama mengumpulkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd