• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ismee Tidak Suka Cara Nik Faisal Urus Akaun SRC

oleh
10/06/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pegawai Eksekutif SRC International, Tan Sri Ismee Ismail berkata, beliau bersara lebih awal daripada jawatan tersebut kerana bukan sahaja berbeza pendapat tetapi juga tidak ‘suka’ dengan cara akaun syarikat ditadbir ketika itu.

Ismee yang merupakan saksi ke-39 dalam perbicaraan SRC International Sdn. Bhd. telah melepaskan jawatan tersebut pada 15 Ogos 2014 kerana masalah ‘tadbir urus’ syarikat.

Beliau yang juga bekas Pengerusi Lembaga Pengarah 1Malaysia Development Bhd. (1MDB), mengakui tidak boleh menerima cara Pengarah SRC International Sdn. Bhd. (SRC International), Nik Faisal Ariff Kamil Nik Othman Arif Kamil mengendalikan syarikat tersebut.

Beliau yang juga bekas Pengarah Urusan Lembaga Tabung Haji itu pernah beberapa kali membangkitkan isu urus tadbir SRC International namun Nik Faisal akan ‘mendiamkan’ dirinya dengan mengatakan segala tindak tanduk sudah mendapat persetujuan daripada kerajaan.

“Oleh yang demikian, saya mengambil keputusan untuk bersara dengan lebih awal kerana tidak langsung bersetuju dengan cara, khasnya Nik Faisal dalam tadbir urus syarikat mahupun akaun.

“Saya juga difahamkan oleh Nik Faisal, kerajaan yang dimaksudkan itu adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya ketika membaca kenyataan bertulis beliau.

Ismee kemudian diminta untuk mengecam wajah Nik Faisal oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Ishak Mohd Yusoff dan beliau mengangguk ketika gambar Nik Faisal ditunjukan kepadanya.

Nik Faisal telah menghilangkan diri sejak tahun 2015 dan dipercayai berada di luar negara ketika ini. – MalaysiaGazette

Tags: Najib Tun RazakSRC International
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sebutan Semula Kes Bung Moktar, Zizie Izette 4 Julai

Next Post

Penjawat Awam Perlu Bebas Daripada Terikat Parti Pemerintah

Related Posts

Selepas Enam Tahun Melarikan Diri, Suspek Skandal 1MDB Dan SRC International Dicekup

Selepas Enam Tahun Melarikan Diri, Suspek Skandal 1MDB Dan SRC International Dicekup

05/05/2023
0

Kuala Lumpur : Suspek skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd dicekup di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala...

SRC International: Keputusan Permohonan Kebenaran Semakan Najib 31 Mac

SRC International: Keputusan Permohonan Kebenaran Semakan Najib 31 Mac

13/03/2023
0

KUALA LUMPUR: Keputusan permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mendapatkan kebenaran bagi menyemak keputusan rayuan akhirnya akan...

Next Post

Penjawat Awam Perlu Bebas Daripada Terikat Parti Pemerintah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd