• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Imam Arab Saudi Pilih Kelantan

oleh
04/06/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Ketika umat Islam seluruh dunia berlumba-lumba mahu ke tanah suci, lain pula yang berlaku kepada seorang imam dari Arab Saudi kerana memilih Kelantan sebagai destinasi untuk mengerjakan ibadah setiap kali Ramadan.

Syeikh Abdul Rahman Abdul Latif Al Mahmud berkata, beliau sendiri memohon dengan kerajaan Arab Saudi supaya dihantar ke Kelantan untuk menjadi imam solat tarawih sepanjang Ramadan, tahun ini.

“Saya bukan sahaja suka pada penduduk di negeri ini malah menggemari masjid-masjid yang dibina kerana dilihat penuh keberkatan.

“Saya selalu cakap, Kelantan atau Malaysia amnya menjadi contoh negeri ‘baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur’ atau negeri yang makmur dan mendapat pengampunan ALLAH.”

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Majlis Kunjungan Hormat di Pejabat Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah di Kompleks Kota Darulnaim hari ini.

Abdul Rahman yang tiba di Kelantan dua hari sebelum Ramadan lalu berkata, beliau bukan sahaja mengimamkan solat sunat itu di Kota Bharu, malah pelbagai masjid seluruh negeri ini termasuk Jeli dan perkampungan orang asli di Gua Musang.

Memandangkan kedatangannya sudah memasuki kali ketiga, beliau turut meminati masakan Kelantan dan menghafal beberapa perkataan baharu antaranya kuih akok, budu dan nasi kerabu.

Hari ini sahaja katanya, dia mempelajari dua perkataan baharu iaitu keluar dan tandas.

Sementara itu, Mohd Amar berkata, ini merupakan kerjasama baik Kelantan dengan kerajaan Arab Saudi sejak tujuh tahun lalu.

Setiap kali Ramadan katanya, Arab Saudi akan menghantar seorang imam tarawih untuk mengimamkan solat di negeri ini yang mana ia ditanggung sepenuhnya oleh negara itu. – Sinar Harian

Tags: KelantanSyeikh Abdul Rahman Abdul Latif Al Mahmud
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Istilah ‘Father And Mother’ Merujuk Penaja Pengganas

Next Post

CAP Gesa Haramkan Sepenuhnya Bunga Api, Mercun

Related Posts

Polis Tahan Pasangan Kekasih, Rampas 6,000 Pil Yaba, 1.4 Gram Syabu

Polis Tahan Pasangan Kekasih, Rampas 6,000 Pil Yaba, 1.4 Gram Syabu

01/08/2025
0

KOTA BHARU: Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan sepasang kekasih dan merampas 6,000 biji pil yaba serta 1.49 gram syabu dalam...

Projek Tebatan Banjir Di Kelantan Disegerakan – PM

Projek Tebatan Banjir Di Kelantan Disegerakan – PM

12/04/2025
3

BACHOK: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan akan menyegerakan projek tebatan banjir di Kelantan bagi menyelesaikan masalah banjir yang saban...

Next Post

CAP Gesa Haramkan Sepenuhnya Bunga Api, Mercun

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd