• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hutang, Liabiliti Negara RM1.1 Trilion Setakat 2018

oleh
01/06/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Hutang dan liabiliti negara berjumlah RM1.1 trilion setakat akhir tahun 2018 atau kira-kira 75.4 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar negara.

Ini berikutan peningkatan hutang langsung Kerajaan Persekutuan sebanyak RM54.2 bilion kepada RM741.0 bilion daripada RM686.8 bilion pada tahun sebelumnya.

Kementerian Kewangan berkata, peningkatan hutang langsung ini adalah untuk membiayai defisit fiskal, terutamanya bagi menampung komitmen pajakan Perkongsian Awam Swasta (PPP) dan perbelanjaan off-budget yang sebelum ini tidak dimasukkan ke dalam penyata kewangan kerajaan secara telus.

Jumlah jaminan yang ditanggung dan dibayar oleh Kerajaan juga meningkat, khususnya bagi membiayai projek pengangkutan awam sedia ada yang sedang diteruskan seperti ECRL, MRT dan LRT.

Peningkatan liabiliti ini bukanlah bagi membiayai projek infrastruktur baharu, tetapi adalah untuk menampung pembiayaan projek-projek yang sedang dilaksanakan, dengan kata lain, peningkatan liabiliti ini adalah bagi menampung keperluan projek-projek yang diluluskan oleh pentadbiran terdahulu.

Kenyataan ini dikeluarkan selepas Jawatankuasa Pengurusan Hutang (JPH) yang dipengerusikan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bersidang semalam untuk meneliti kedudukan hutang dan liabiliti kKerajaan secara menyeluruh dengan mengambil kira obligasi tunai dan komitmen kewangan jangka masa panjang.

Menurutnya, kerajaan komited terhadap langkah konsolidasi fiskal, serta konsolidasi hutang dan liabiliti secara menyeluruh.

JPH akan mengenal pasti langkah-langkah untuk mengurangkan hutang dan liabiliti kerajaan ke paras yang lebih terkawal, sambil meningkatkan kecekapan pengurusan hutang dan liabiliti.

Ini termasuklah pengkajian semula projek berkos tinggi dan pengenalpastian jaminan yang ditanggung dan dibayar kerajaan yang boleh distruktur semula.

Langkah ini diperlukan kerana caj pembayaran balik hutang daripada pelbagai obligasi kewangan mengekang kerajaan daripada menyediakan peruntukan kepada program dan projek lain yang lebih produktif.

Pada masa kini, terdapat hutang yang dijamin kerajaan yang mempunyai kadar pembiayaan yang sama dengan entiti korporat tempatan bertaraf ‘AAA’.

Walau bagaimanapun, kata Kementerian Kewangan, kos pembiayaan ke atas hutang yang dijamin kerajaan seharusnya hampir setara dengan kos terbitan kertas hutang Kerajaan seperti Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS).

Setakat 31 Mei 2019, kadar kupon MGS bagi tempoh 10 tahun adalah 3.78 peratus setahun dan ini adalah antara kadar terendah sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

JPH juga akan menyemak semula segala akta, prosedur dan perundangan yang berkaitan dengan hutang langsung kerajaan, jaminan kerajaan dan komitmen lain.

Langkah konsolidasi fiskal akan diteruskan bagi memastikan kerajaan mempunyai ruang fiskal yang mencukupi bagi menghadapi sebarang krisis pada masa hadapan, tanpa menjejaskan pasaran kewangan domestik, sambil menyokong pertumbuhan ekonomi negara.

Dengan langkah-langkah ini, kerajaan yakin penarafan kredit ‘A3’ dan ‘A-‘ bagi Malaysia dapat dikekalkan.

JPH dibarisi oleh Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ismail Bakar: Ketua Perbendaharaan Negara, Datuk Ahmad Badri Mohd Zahir; Ketua Setiausaha Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Saiful Anuar Lebai Hussen; Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus dan Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Sekuriti, Datuk Syed Zaid Albar.

Selain itu, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz, Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB); Datuk Saat Esa, Akauntan Negara dan Datuk Mohammad Faiz Azmi, Pengerusi Eksekutif PricewaterhouseCoopers (PwC).

Tags: hutang negarakementerian kewanganliabiliti negara
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sarawak Catat Kes Kematian Ke-17 Jangkitan Rabies

Next Post

China Beri ‘Lampu Hijau’ Eksport Durian Musang King Beku

Related Posts

Kementerian Kewangan Sedang Perinci Penggunaan MyKad, E-dompet Bagi Pembelian RON95

Kementerian Kewangan Sedang Perinci Penggunaan MyKad, E-dompet Bagi Pembelian RON95

12/11/2024
0

KUALA LUMPUR : Kementerian Kewangan (MOF) sedang meneliti mekanisme penggunaan MyKad dan e-dompet dalam melaksanakan penyasaran subsidi minyak RON95. IKUTI...

Kementerian Kewangan Tentukan Mekanisme Pelarasan Harga Diesel

Kementerian Kewangan Tentukan Mekanisme Pelarasan Harga Diesel

30/05/2024
0

PUTRAJAYA : Mekanisme pelarasan harga diesel selepas pelaksanaan subsidi bersasar dilaksanakan kelak, akan ditentukan oleh Kementerian Kewangan. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB...

Next Post

China Beri 'Lampu Hijau' Eksport Durian Musang King Beku

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd