• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Helang Dan Pipit: Kenapa TMJ Dihina?

oleh AK-47
07/06/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KENYATAAN Tunku Mahkota Johor (TMJ) mengenai helang dan pipit dalam entri berkaitan etika pemakaian baju Melayu di Johor dimanipulasi sepenuhnya oleh para haters beliau.

Mereka berkata, kononnya ada kasta dan TMJ menzahirkan baginda anak raja yang perlu dipandang tinggi.

Yang muka pengamal LGBT tegar pun tetiba nak jadi alim cakap pasal kesamarataan manusia.

Kalau ikut budaya Melayu, memang raja kedudukannya tinggi.

Namun, TMJ langsung tidak menyebut seperti itu.

Baginda hanya berkongsi pengalaman dan nasihat atoknya, Sultan Johor sebelum bapanya.

Baginda hanya bermesra dengan netizen di hari raya dan memberikan sedikit teguran kepada seseorang.

Bukan baginda mereka cerita atau mengatakan baginda adalah umpama helang yang perlu disembah atau terbangnya lebih tinggi pada pipit.

Sebelum para netizen lain terpengaruh dengan haters yang duk menabur fitnah, fikir la beberapa poin yang admin letakkan ini.

– TMJ memilih isteri yakni suri hati baginda dari kalangan rakyat kebanyakkan dan bukannya mana-mana puteri istana.

– Baginda boleh ditegur dan kerap kali mesra menjawab di media sosial.

– Pernah juga baginda tersinggung tetapi itu sebab ada watak-watak yang terlalu biadap ke atas beliau, namun beliau sekadar memberikan teguran sahaja.

– Berapa orang anak raja yang anda tahu ada media sosial yang dibuka kepada umum?

– Adakah anak raja lain boleh ditegur atau ditanya apa-apa secara langsung sebagaimana TMJ?

– Tak salah, itu cara mereka dan ini cara TMJ. Gaya masing-masing.

– Sesiapa yang ada sebarang masalah, tidak sukar untuk bertemu baginda. Mudah sedikit nak jumpa baginda berbanding wakil rakyat sesetengah tempat.

– Sepanjang Ramadan lalu, baginda suami isteri ke merata tempat bertemu rakyat, anak-anak yatim orang-orang tua.

– Lebih rajin baginda sekeluarga daripada sebahagian besar ahli politik yang berjanji nak membantu rakyat.

– Hal-ehwal Islam dan Melayu sentiasa menjadi agenda utama baginda tanpa memingirkan kaum-kaum lain.

– Semua rakyat dilayan sama rata.

– FAHAM SATU BENDA – BAGINDA BAKAL PEWARIS TAKHTA KERAJAAN JOHOR… BAGINDA TAK PERLU BERTANDING DAN MENANG PILIHAN RAYA UNTUK MENDAPAT KEDUDUKAN ITU… BAGINDA TAK PERLU NAK AMBIK HATI RAKYAT… BAGINDA BOLEH MEMILIH UNTUK HIDUP MEWAH DI ISTANA DAN LUAR NEGARA.. DAN BOLEH MENGAMBIL ALIH TAKHTA BILA TIBA MASANYA.

NAMUN PADA USIA MUDA, BAGINDA KE SANA SINI BERTEMU RAKYAT…

MENGUSUNG ANAK ISTERI BERSALAMAN DENGAN RAKYAT.

BAGINDA BOLEH DIAJAK SEMBANG DI MEDIA SOSIAL…

BAGINDA BERUSAHA MEMARTABATKAN BOLA SEPAK NEGARA… TAK PERLU BAGINDA BUAT CAMTU SEBAB BUKAN ADA UNTUNG APA-APA KEPADA BAGINDA

TANYA RAKYAT JOHOR.. BERAPA BANYAK KEBAIKKAN YANG DITABUR BAGINDA SEKELUARGA?

BERAPA RAMAI YANG DAPAT MEMILIKI RUMAH, TEMPAT BERTEDUH KERANA BAGINDA SEKELUARGA…

Perlu ke baginda buat semua tu? Tak perlu sebenarnya. Seperti yang penulis cakap tadi, kalau baginda mahu, baik duduk sahaja di istana yang mewah tanpa perlu memandang ke luar.

Namun, kasih kepada rakyat mendorong baginda untuk datang menyapa dan bertanya khabar.

Itu pun kauorang buta kayu tak nampak.

Kalau orang lain di tempat baginda, rasanya lama dulu dah kecik hati kot… Namun baginda masih bertahan.

Cuma, jangan kita keterlaluan sehingga suatu hari baginda sekeluarga berjauh hati pada rakyat.

Baginda takkan rugi apa, tapi kita yang kehilangan seorang insan berdarah istana tetapi senantiasa mahu mendampingi rakyat tanpa apa-apa agenda atau niat selain untuk merapatkan diri semata-mata. – MYNEWSHUB

Dalam beberapa gambar yang admin letak… Lihat ada satu gambar tu… Anak raja bertekuk lutut depan seorang wanita tua setaraf ibunya…. Mendengar kata-kata wanita itu…. Tukang kutuk TMJ yang bercerita pasal kesamarataan kat media sosial belum tentu nak buat camtu. So… Hentikan la… Dah cukup-cukup la manipulasi kenyataan TMJ….

Tags: TMJTunku Ismail Sultan Ibrahim
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lee Chong Wei Mahu Gantung Raket

Next Post

Anwar Tuntut Mahathir Perjelaskan Perlantikan Koya

Related Posts

Ada JDT Kata Nak Tarik Diri – TMJ

Ada JDT Kata Nak Tarik Diri – TMJ

05/05/2025
0

PEMILIK kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail mendedahkan bahawa perbelanjaan kelab Harimau Selatan adalah antara yang paling rendah...

Legenda Liverpool Hargai Peluang Diberikan TMJ

Legenda Liverpool Hargai Peluang Diberikan TMJ

02/04/2025
1

KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) Johor Darul Ta'zim (JDT), Luis Garcia berterima kasih kepada Pemilik Harimau Selatan, Tunku Mahkota Ismail yang...

Next Post

Anwar Tuntut Mahathir Perjelaskan Perlantikan Koya

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd