• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harga Simen Kekal – Saifuddin

oleh
19/06/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Harga simen kekal selepas penggiat industri bersetuju tidak menaikkan harga hasil pertemuan dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Menurut Saifuddin Nasution, dalam pertemuan yang diadakan semalam, pihak industri memberi alasan kenaikan kos import bahan membuat simen punca mereka menaikkan kos.

Bagaimanapun jelas beliau, pihak kementerian dalam pertemuan itu turut memaklumkan sebarang kenaikan perlu mendapat kelulusan daripada pihak kementerian.

“Ini kerana, simen adalah bahan kawalan dan sebarang kenaikan tanpa kelulusan daripada kementerian merupakan satu kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan penggiat industri boleh dikenakan tindakan,” katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan Garis Panduan Pematuhan Standard Filem Penghadang Haba Kenderaan di sini hari ini.

Sebelum ini, beberapa syarikat pemaju mengadu mengenai kenaikan mendadak harga simen antara 40 hingga 50 peratus kerana dibimbangi akan memberi kesan buruk khususnya kepada sektor pembinaan dalam negara.

Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution berkata, tindakan penggiat industri simen menaikkan harga simen boleh memberi kesan kepada dasar kerajaan yang mahu membina sejuta rumah mampu milik.

Ini kerana katanya, simen merupakan komponen utama dalam industri terutama perumahan.

Beliau berkata, pihak kementerian boleh sahaja bertindak ke atas penggiat industri yang tidak memaklumkan kepada kementerian berkenaan kenaikan harga simen.

“Kita yang keluarkan lesen mengilang, memborong di bawah Akta Kawalan Bekalan, ada syarat, nak naik harga mesti maklum Kementerian dahulu, jika langgar peraturan, ia terdedah kepada tindakan,” katanya.

Bagaimanapun katanya, untuk berlaku adil pihak kementerian telah mengadakan pertemuan dengan mereka bagi mendengar masalah yang dihadapi sehingga bertindak menaikkan harga.

“Hasil berpincangan, semua setuju untuk tidak menaikkan harga. Mereka juga memaklumkan akan memohon kepada kementerian sekiranya hendak menaikkan harga simen pada masa hadapan,” katanya.

Tags: harga simenKPDNHEPSaifuddin Nasution Ismail
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Saifuddin Rayu Keputusan Sabitan Fitnah Sanusi

Saifuddin Rayu Keputusan Sabitan Fitnah Sanusi

24/08/2025
0

ALOR SETAR: Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan selepas keputusan Mahkamah Tinggi di sini, hari...

2,252 Laman Sesawang Disekat Langgar Hak Cipta – KPDNHEP

2,252 Laman Sesawang Disekat Langgar Hak Cipta – KPDNHEP

21/10/2022
0

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berjaya membanteras pengedaran cetak rompak secara fizikal melibatkan 531 kes...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd