• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harga Minyak Menjunam

oleh
01/06/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW YORK – Minyak merosot lebih dari 3 peratus dan mencatatkan kejatuhan bulanan terbesar dalam tempoh enam bulan, selepas Presiden Donald Trump menimbulkan ketegangan perdagangan global dengan mengancam tarif di Mexico, rakan dagangan utama Amerika Syarikat dan pembekal utama minyak mentah.

Niaga hadapan minyak mentah Brent jatuh AS$ 2.38 atau 3.6 peratus kepada AS$ 64.49 setong manakala West Texas Intermediate (WTI) jatuh AS$ 3.09 kepada AS$ 53.50 setong, kerugian sebanyak 5.5 peratus.

Brent didagangkan AS$ 64.37 setong, terendah sejak 8 Mac. WTI mencecah AS$ 53.41 setong, paling lemah sejak 14 Februari.

Niaga hadapan Brent merekodkan penurunan sebanyak 11 peratus dan 16 peratus bagi WTI, kejatuhan terbesar bulanan sejak bulan November lalu.

Trump berikrar semalam untuk menaikkan tarif kecuali jika Mexico menghentikan kemasukan pendatang asing secara haram ke Amerika Syarikat.

Pelan itu akan mengenakan tarif sebanyak 5 peratus ke atas import Mexico bermula pada 10 Jun dan meningkat secara bulanan sehingga 25 peratus pada 1 Oktober.

Tindakan Trump itu boleh menjejaskan perdagangan tenaga rentas sempadan yang menguntungkan.

“Loji-loji penapis Amerika Syarikat mengimport kira-kira 680,000 tong sehari minyak mentah Mexico. Tarif 5 peratus itu meningkatkan tambahan AS$ 2 juta kepada kos pembelian harian mereka,” kata penganalisis PVM.

Amerika Syarikat juga mengeksport lebih banyak bahan api ke Mexico daripada negara lain, menurut Jabatan Tenaga Amerika Syarikat.

Setakat ini, Mexico tidak mengatakan sama ada ia akan bertindak balas tetapi Presiden Mexico, Andres Manuel Lopez Obrador menggesa Trump untuk menarik semula ancaman tarif itu. – Agensi

Tags: harga minyakminyak mentah brent
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Harga minyak mencecah sekitar AS$115.55 setong, manakala kos subsidi meningkat daripada RM700 juta kepada RM3.2 bilion dalam...

Walaupun Malaysia Pengeluar Minyak, Kita Masih Perlu Import – Fuziah Salleh

Walaupun Malaysia Pengeluar Minyak, Kita Masih Perlu Import – Fuziah Salleh

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Hanya 48 peratus sumber minyak mentah datang dari Malaysia, manakala 38 peratus bergantung kepada laluan Selat Hormuz...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd