• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gangguan Air Lagi Di Klang, Kuala Langat

oleh
03/06/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) memaklumkan beberapa kawasan di Wilayah Klang dan Kuala Langat dijangka mengalami gangguan bekalain air tidak berjadual secara berperingkat.

Sebanyak 84 kawasan di daerah Klang dan sembilan kawasan di daerah Kuala Langat akan terjejas ekoran insiden itu.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasinya, Abdul Raof Ahmad berkata gangguan tersebut susulan insiden paip pecah di jajaran paip utama 1800mm di Setia Alam, Shah Alam.

“Status terkini dan butiran lanjut akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

“Pihak kami sedang membuat persiapan bagi menggerakkan bantuan lori-lori tangki air ke kawasan terjejas dan mengaktifkan Pusat Khidmat Setempat (PKS) pada jam 3 petang hari ini.

“Pihak kami memohon maaf atas kesulitan ekoran insiden yang tidak dijangkakan ini dan akan mengambil segala usaha dan tindakan perlu bagi mempercepatkan kerja pembaikan serta meminimumkan impak gangguan bekalan,” demikian menurutnya dalam kenyataan, pada Isnin.

Susulan itu, beliau berkata Syabas kini komited untuk melakukan kerja pelaksanaan dan tindakan mempercepatkan kerja pembaikan dan meminimakan impak gangguan.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman sesawang Syabas di www.syabas.com.my dan aplikasi telefon bimbit Air Selangor serta Facebook Air Selangor.

Di bawah merupakan lampiran kawasan yang dijangka terjejas:

Kawasan yang akan terjejas bagi daerah Klang adalah di Ambang Botanik, Jalan Kem, seluruh kawasan perindustrian Bandar Sultan Sulaiman dan Perdana Industrial Park, Armada Putera, Jalan Limbungan, seluruh kawasan perindustrian Bukit Raja Selatan, Bandar Bestari, Jalan Syahbandar, seluruh Perepat, Bandar Botanik, Johan Setia, seluruh Sementa, Bandar Bukit Tinggi 1, Kampung Kastam, seluruh Sungai Putus, Bandar Bukit Tinggi 2, Kampung Pulau Indah, sepanjang Jalan Goh Hock Huat, Bandar Klang (Batu 1 hingga 3 Jalan Meru), Kampung Raja Uda, Sungai Sireh, Bandar Parkland, dan Kampung Telok Gong.

Selain itu, turut akan terjejas adalah Taman Bayu Mas, Bandar Putera 2, Taman Berkeley/Eng Ann, Taman Bayu Perdana, Bandar Puteri, keseluruhan Jalan Raja Nong, Taman Bayu Tinggi, Glenmarie Cove, seluruh Taman Sri Andalas, Taman Berembang, Glenn Cruise, Kampung Keretapi, Taman Bijaya Kampung Jawa, Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Kampung Pendamar, Taman Chi Liung, Jalan Dato’ Hamzah, Kota Pendamar, Taman Desawan, Jalan Istana, Laguna Park, Taman Gembira, Jalan Kapar Batu 1 hingga 5, Lorong Tingkat dan Rembau, Taman Klang Jaya, Jalan Klang-Banting, Pandamaran, Taman Palm Groove, Jalan Kota, Pangsapuri Sri Perantau, Taman Pendamar Indah, Jalan Kota Raja, Pelabuhan Utara, Taman Samudera.

Jalan Padang, kawasan Perindustrian Pulau Indah Fasa 1 dan 2, Taman Selatan, Jalan Pelabuhan Utara, Taman Sentosa, Jalan Raja Lumu, Persiaran Raja Muda Musa, Taman Suria Pendamar, Jalan Raya Barat, Jalan Raya Timur, Perumahan Bandar Sultan Sulaiman Fasa 1, 2 dan 3, Telok Gadong Kecil, Telok Gadong Indah, Jalan Stesen dan Solok Besar, Taman Petaling Indah, Jalan Tengku Badar, Taman Radzi Telok Gadong Besar, Jalan Tengku Diauddin, Pulau Ketam, Westport, Jalan Tengku Kelana, seluruh Batu Belah dan Teluk Kapas, Wisma Polis Marin Pulau Indah dan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Bagi daerah Kuala Langat pula, kawasan yang mengalami gangguan bekalan air adalah di Batu 9 Kebun Baru, Eco Sanctuary, Jalan Sijangkang Utama, Kampung Medan, Sijangkang Batu 7 hingga Batu 9, Taman Perwira, Taman Seri Medan, Taman Sijangkang Jaya dan Tropicana Aman.

Tags: air selangorgangguan airklangKuala langat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Mabuk Langgar Mati Penunggang Motosikal Dituduh Kes Bunuh

Pemandu Mabuk Langgar Mati Penunggang Motosikal Dituduh Kes Bunuh

01/04/2026
0

KLANG -Tertuduh kes individu memandu di bawah pengaruh dadah dan alkohol sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal didakwa di bawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd