• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bunuh Kekasih: Reman Disambung 7 Hari Lagi

oleh
17/06/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Tempoh reman ke atas dua lelaki yang disyaki terlibat dengan kejadian bunuh seorang wanita yang disumbat ke dalam kotak yang dibalut dengan kanvas plastik dan disimen menggunakan kapur siling sebelum dibuang di tepi jalan 10 Jun lalu disambung tujuh hari lagi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, tempoh tahanan ke atas kedua-dua lelaki masing-masing berusia 32 dan 35 tahun disambung bagi melengkapkan siasatan terperinci dijalankan.

Menurutnya, kedua-dua suspek disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Sebelum ini kedua-dua suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula 11 Jun berakhir hari ini.

“Pihak kita memohon tempoh tahanan reman ke atas kedua-dua suspek dan mahkamah membenarkan reman tujuh hari lagi bermula 17 hingga 23 Jun ini,” katanya.

Kosmo! 12 Jun lalu melaporkan hayat seorang wanita berakhir dalam keadaan tragis apabila mayatnya disumbat ke dalam kotak sebelum dibalut dengan kanvas plastik dan disimen meng- gunakan kapur siling angkara perbuatan teman lelakinya yang berpunca daripada cemburu buta.

Kotak berisi mayat wanita berusia 33 tahun itu kemudian dibuang di tepi jalan di Kawasan Perindustrian Ringan Taman Setia Indah di sini sebelum ditemui 10 Jun lalu dalam keadaan sudah berbau.

Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Kamarudin Md. Din berkata, penemuan mayat wanita itu terbongkar susulan laporan polis yang dibuat keluarga mangsa mengenai kes kehilangan seorang wanita dikenali sebagai Chong dari Taman Sri Putri di sini sejak 28 Mei lalu. – K! ONLINE

Tags: bunuh kekasihreman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rex Tan Direman Sehari, Dijangka Bebas 5 Petang Ini – Peguam

Rex Tan Direman Sehari, Dijangka Bebas 5 Petang Ini – Peguam

17/01/2026
0

Kuala Lumpur: Bekas wartawan portal berita Free Malaysia Today (FMT) Rex Tan direman sehari selepas ditahan malam tadi bagi membantu...

Rex Tan Ditahan Reman Sehari Kerana Soalan Berbaur Perkauman

Rex Tan Ditahan Reman Sehari Kerana Soalan Berbaur Perkauman

17/01/2026
0

Kuala Lumpur: Bekas wartawan portal berita Free Malaysia Today (FMT) Rex Tan direman sehari selepas ditahan malam tadi bagi membantu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd