• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Bukan Melayu Usah Gusar Piagam UMNO-PAS”

oleh
03/06/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERANG – Masyarakat bukan Melayu dan Islam di negara ini tidak perlu gusar dengan Piagam UMNO-PAS yang bakal dimeterai selepas sambutan Aidilfitri nanti.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, piagam itu tidak menjadi sesuatu yang bersifat perkauman dan ianya satu kemurnian untuk membela semua bangsa dan agama di negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum ini.

Menurutnya, pembentukan piagam perpaduan ummah adalah berteraskan untuk menyatupadukan rakyat di negara ini yang selari dengan aspirasi negara.

“Apabila dengan adanya piagam atau kerjasama di antara UMNO dan PAS, ini bukan satu perkara yang rasis tetapi merupakan pembelaan kepada semua kaum dan agama yang ada di Malaysia yang mempunyai rakyat majmuk.

“Maknanya tidak payah bimbanglah untuk mereka yang beragama lain,” katanya selepas menyerahkan sumbangan Aidilfitri kepada petugas-petugas parti tersebut di Pusat Khidmat Komuniti Masyarakat Cikgu Hashim Kampung Barokhas, Kuala Nerang, di sini semalam.

Menurutnya, UMNO dan PAS bersetuju untuk mencari jalan yang lebih jitu untuk kelangsungan memperkasakan rakyat ataupun ummah yang lebih murni dan tidak tertumpu kepada hala tuju politik ataupun persediaan bagi menghadapi pilihan raya sahaja.

“Antara dua buah parti politik ini untuk semenanjung, perjanjian ini adalah untuk membolehkan kerjasama dalam politik sehingga pilihan raya akan datang dan tak akan ada lagi pertandingan tiga penjuru kerana yang kita nak lawan selepas ini adalah Pakatan Harapan,” katanya.

Mahdzir berkata, berhubung rakan-rakan UMNO dan PAS di Sabah dan Sarawak juga akan turut diperbincangkan dan bakal menjadi sebahagian daripada mereka.

“Saya yakin dengan tangan yang dihulurkan oleh PAS dan ianya bakal membawa kejayaan pada PRU15 nanti,” katanya. – Sinar Harian

Tags: MelayuPASpiagamUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berpandangan cadangan memotong elaun petrol Ahli Parlimen tidak memberikan...

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Kenyataan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menyifatkan pembangkang hari ini sebagai 'paling tidak berguna'...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd