• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekalan Darah Di HRPZII Kritikal

oleh
17/06/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Tabung darah di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) kini dalam keadaan kritikal berpunca daripada permintaan yang tinggi.

Pengarahnya, Datuk Dr. Selasawati Ghazali berkata, bekalah darah hanya mampu bertahan sehingga tiga hari sahaja.

“Pengurangan stok bekalan darah yang mendadak ekoran daripada kegunaan yang tinggi semasa musim perayaan yang menyebabkan bekalan darah di hospital itu hampir putus,” katanya kepada pemberita di Rumah Terbuka Aidilfitri HRPZII di sini, pada Ahad.

Majlis itu turut diserikan dengan kehadiran dua bonda saudara Sultan Kelantan, Datuk Tengku Rozan dan Datuk Tengku Salwani Sultan Yahya Petra.

Dr. Selasawati berkata, pihaknya menyeru orang ramai tampil untuk menderma kerana peningkatan kes-kes terutama kes kecemasan, trauma dan pembedahan yang sememangnya memerlukan bekalan darah yang banyak.

“Sepanjang musim perayaan ini HRPZII memerlukan bekalan darah yang agak banyak dan bekalan yang ada sekarang sangat kritikal,” katanya.

Katanya, antara inisiatif yang telah dilakukan bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan darah berkenaan, terdapat pegawai dan doktor pakar HRPZII turut ‘turun padang’ bagi menderma darah.

“Saya berharap perkara itu akan diikuti oleh 4,300 kakitangan yang bertugas di hospital berkenaan,” katanya.

Untuk rekod, semasa pasca hari raya, hospital itu mempunyai hampir 1,000 pesakit yang menerima rawatan dalam wad.

Tags: bekalan darahHospital Raja Perempuan Zainab IIHRPZII
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd